Saturday, June 07, 2008

Bukan 40% Tapi 81.3%!!!

Assalamu'alaikum...

Kali ni aku tak nak cerita dah pasal pemimpin KERAjaan...aku dah muak dah...betul-betul muak & yang sebenarnya bukan setakat muak,tapi lebih dari muak sampai aku malas nak sebut sebab tak tau nak pakai istilah apa dah dengan pemimpin KERAjaan ni.

Kita cerita pasal peningkatan kos sara hidup kita pulak.cerita pasal kita je sebab "depa" dah tak wujud dah dalam kamus hidup kita mulai 5hb.Jun,2008.sebenarnya buka "depa" yang tak wujud,tapi kita yang tak wujud dalam kamus "depa" sebab tu "depa" tak kisah nak buat apa-apa pun.engkorang tanyalah "depa" sendiri kita ni ada ke tak de...

Lepas engkorang baca apa aku taip kat bawah ni engkorang kira la balik peningkatan kos sara hidup engkorang & buatlah sesuatu untuk "survive" sebab kita dah tak de jalan lain dah...tak de sape nak tolong kita dah..."hangpa sapa?" kata "depa"...

Aku buat kira-kira paling simple la supaya senang kita semua faham...ni aku bagi contoh untuk 2 kos je la,engkorang kira la balik ikut hasil pendapatan engkorang...

Mei 2008(untuk pengguna petrol & diesel): kos bahan api rm300 + barang dapur rm300 + keperluan anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua rm950

Kira-kira 1(untuk pengguna petrol)
Jun 2008 : kos bahan api rm423(+41%) + barang dapur rm300 + keperluan anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua rm1073...(+ rm123 perbelanjaan!)

kira-kira 2(untuk pengguna diesel)
Jun 2008 : kos bahan api rm489.90(+63.3%) + barang dapur rm300 + keperluan anak(susu & lampin)rm300 + elektrik rm50...jumlah semua rm1139.90...(+ rm189.90 perbelanjaan!)

*bulan Jun bertambah perbelanjaan "wajib" sebanyak 41% - 63.3% = rm123 - rm189.90 sebab harga bahan api naik.belum kira harga barangan asas yang belum naik lagi bulan ni.aku andaikan bulan Julai harga barangan keperluan akan melonjak naik...tunggu...kalau naik...kira-kiranya kat bawah ni...

Julai 2008(untuk pengguna petrol) :
kos bahan api rm423 + barang dapur rm489.90(+63.3%) + keperluan anak(susu & lampin)rm489.90(+63.3%) + elektrik rm59(+18%)...jumlah semua rm1461.80...(+ rm388.80 perbelanjaan!)

Julai 2008(untuk pengguna diesel) :
kos bahan api rm489.90 + barang dapur rm489.90(+63.3%) + keperluan anak(susu & lampin)rm489.90(+63.3%) + elektrik rm59(18%)...jumlah semua rm1528.70...(+ rm388.80 perbelanjaan!)

Dari kira-kira mudah diatas kita dapat lihat peningkatan kos sara hidup yang bukan sedikit untuk kita tanggung malahan dalam masa 2 bulan sahaja kita berjaya meningkatkan kos sara hidup kita sebanyak rm511.80 bagi pengguna petrol & rm578.70 bagi pengguna diesel!

Engkorang semua jangan salah faham...yang berjaya kita tingkatkan ialah KOS SARAHIDUP...bukannya PENDAPATAN!!!

Ada kemusykilan dengan kira-kira diatas?biar aku terangkan kenapa aku letakkan kenaikan sebanyak 63.3% pada kenaikan harga barangan dapur & keperluan anak.kita harus positif...majoriti pengusaha & pemborong menggunakan bahan api jenis diesel untuk semua jenis jentera & lojistik kerana kosnya agak "murah" sebelum ini(sekarang tidak lagi!).peningkatan harga bahan api tersebut pula ialah sebanyak 63.3% & sebanyak itu jugalah kos mereka-mereka ini meningkat.kalau berlaku kenaikan harga barangan mustahil ianya tidak sampai 63.3% kerana dah tentu mereka akan rugi.

Kita jangan lupa 1 perkara lagi...mulai julai takrif elektrik akan meningkat sebanyak 18% & kita sedia maklum semua sektor perusahaan menggunakan elektrik maka kemungkinan besar kenaikan harga barangan akan meningkat sebanyak - 63.3% + 18% = 81.3%!!!

Aku bukan pakar ekonomi tapi mengikut pandangan aku yang tak berape terror ni & juga selepas apa yang berlaku 2-3 menjak ni situasinya macam tu la..."depa" cakap tak bubar tapi "depa" bubar..."depa" cakap tak naik tapi "depa" bagi naik jugak..."depa" cakap naik bulan Ogos tapi malam ni jugak "depa" wat naik...

Kalau engkorang cakap aku "penipu" pun aku tak kisah sikit habuk...ala...apa nak aku kisahkan...PM Malaysia sendiri pun menipu,inikan pulak rakyat biasa macam aku..."depa" nak kat apa katalah...

Hah apa lagi???

UBAH CARA HIDUP!!!
*ubah pemimpin*

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?