Assalamu'alaikum...
Mutakhir ini berbagai cara digunakan oleh pihak pemerintah besar yang "kununnya" besar pada kuasa pemerintahannya tapi hakikatnya kecil pada ruang sokongannya.lapuk pemikiran membuat pemerintah besar "terkebelakang jauh"dari gerakan yang dikatakan tiada kuasa tetapi amat ditakuti oleh pemerintah besar.
Terakhir,strategi pemerintah besar ialah melalui satu kumpulan lawak yang digelar "cyber trooper's",hebat pada nama tetapi lemah dari segi hujah dan pengetahuan.entah apa matlamatnya kumpulan lawak ini digunakan dan apa tujuannya kita pun tak faham.
Saya perhatikan kumpulan"cyber trooper's" ini terbahagi kepada 3 kumpulan...mungkin juga 1 kumpulan sahaja tetapi dengan "nick" yang berbeza.
Kumpulan 1 - geng CT yang menyusup masuk ke yahoogroups2 yang kebanyakan ahlinya pro Pakatan Rakyat.dalam setiap isu yang diperbincangkan mereka-mereka ini akan menyampuk dengan cara yang paling kelakar & hujah yang paling tak bertamadun...kerapkali hujah mereka ialah - Anwar ejen Yahudi,TGHH balaci Karpal,DAP nak rampas Malaysia tapi bila diminta penjelasan hujah & bukti jawapannya 1 je - aku tau la sebab aku dulu kerja dengan sipolan-sipolan tak pun bukti ada tapi tunggu masa je nak lepas,kalau bos aku cakap on,aku lepas...*tunggu bos tu yang tak tahan tu!tunggu bos reka bukti ke?kalau ada bukti lepas je la...tak payah la nak buat lawak bodoh!
Kumpulan 2 - geng CT yang menyusup masuk ke forum-forum terutamanya TKO...ahli-ahli CT yang ni kebanyakannya datang dari MyKMU...hujahnya pun sama...derang ni tak de modal lain ke?geng ini yang lebih kelakar dari geng-geng CT yang lain...depa banyak hujah & modal ayat-ayat Al-Qur'an...hujah depa selalunya begini - PAS dah lupa pada perjuangan Islam,PAS bersekongkol dengan kafir,TGNA kene tegur si anu-si anu seolahnya merekalah penyokong PAS yang paling "taksub" sekali tapi secara terang-terangan "mendewakan" Che'Det...kelakar tahap 100 petala langit.
Kumpulan CT 1 selalunya akan terus hilang dari pandangan kita selepas dibalas dengan tembakan "maut" ahli groups(ada yang membalas dengan gambar sahaja).hujah mereka dapat dipatahkan semudah itu.jawab dengan gambar,kemudian kelibat mereka akan hilang begitu sahaja macam tak pernah wujud.yang peliknya hilang 1,x sampai sehari lepas tu akan timbul seorang ahli baru dengan hujah & font letter yang sama - tukar nick & email je...
Kumpulan CT 2 pulak modus operandinya lain sikit...depa ni datang dengan bersalam...tak ada apa yang ditimbulkan oleh geng ni sebab depa cuma tunggu isu dari "orang atas".oarang atasan akan timbulkan isu di media perdana & geng CT 2 akan mengambil peranan masing-masing...pakai hujah yang sama dengan bos mereka tadi kemudian buka thread dalam forum...pun kelakar juga geng-geng ini...hujahnya sebiji dengan hujah bos mereka cuma perlu copy & paste sahaja ke forum sebagai jawapan...bila hujah mereka dipatahkan oleh forumer lain,depa lawan balik dengan ayat Al-Qur'an & hadis...Islamik betul...tapi depa ni tolak perjuangan PAS...
Rujukan mereka ialah Al-Qur'an & hadis tapi terang-terangan menyokong parti yang menolak Al-Qur'an & Hadis...ertikata lain - lantang bercerita tentang kelazatan buah kurma & kelebihan-kelebihannya tapi tak suka makan kurma.boleh bagi anugerah Raja Lawak Forum.
Ada juga antara pro PR yang rajin mencari posting-posting lama para CT 1&2,mereka-mereka ini(CT 1&2)selalunya terperangkap dengan hujah mereka yang tidak konsisten,sekejap kata betul.sekejap kata tak betul & dikantoikan oleh para pro PR yang rajin buat "homework"(ini kelebihan pro PR - rajin mencari rujukan)dan akhirnya setelah kantoi ayat yang selalu digunapakai oleh para CT 1&2 ialah - kita ni cuma manusia biasa bukan Nabi mahupun Rasul...jadi kesilapan itu adalah dari kami kerana kami hanya manusia biasa...tak pun - aku bukan penyokong mana-mana parti...yang betul kita sokong yg salah kita tegur...ewah...sedap ayat tu...tapi jangan cuba-cuba nak kondem Che'Det!!!
Insaf betul bila baca kenyataan tu,tapi lepas tu mereka akan ulang balik hujah yang sama jugak...copy & paste...lawak,lawak & lawak...
Tapi saya merasakan para pro PR sikit pun tak merasa yang para CT ini mengganggu-gugat kedudukan PR kerana saya perhatikan kehadiran mereka-mereka ini memeriahkan lagi gelanggang IT pasca PRU12.sebelum ini kita hanya berforum dalam keadaan yang sedikit serius tanpa ada selingan hiburan(kalau ada pun tak menarik macam sekarang)tapi dengan kehadiran CT-CT ini suasana telah menjadi semakin ceria...setiap masa kita tertunggu-tunggu apakah lawak yang seterusnya akan dipersembahkan pada hari ini?
Wajar bagi kita mengucapkan ribuan terima kasih pada para CT kerana kehadiran mereka menceriakan suasana.lawak mereka amat bermutu & kemahiran mereka didalam menebalkan muka mereka setelah dikantoikan wajar dijadikan contoh jika anda mahu membuta-tuli.
Tahniah pada pro PR kerana rajin buat "homework".
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?