Assalamu'alaikum...
Aku baru balik dari Hotel Quality Shah Alam.berita terkini yang kami dapat - DSAI bakal ditahan atas tuduhan meliwat pembantunya Saiful Bahri.
Menurut berita yang diterima Saiful Bahri terlebih dahulu telah ditangkap & dipaksa mengaku diliwat oleh DSAI.
Ketika Berita ini ditulis ribuan penyokong2 DSAI sedang memenuhi Hotel Quality Shah Alam untuk memberi sokongan pada DSAI...antara pimpinan PR yang dilihat berada ditengah2 orang ramai ialah Loh Gwo Purn(MP Kelana Jaya) & juga beberapa pimpinan PR termasuk MB Selangor.
Diberitakan DSAI sedang mengadakan mesyuarat tergempar ketika ini bersama para pimpinan PR.Nurul Izzah & suami juga dilihat tiba di Hotel Quality dengan diiringi sebuah kereta peronda pada jam 12.40 tengah malam.
Berita lanjut akan menyusul.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?