Assalamu'alaikum...
Merujuk pada laporan malaysiakini - [ sini ] bertajuk gincu,tumit tinggi haram di Kota Bharu terdapat pembetulan yang perlu dibuat pada berita tersebut & kenyataan sebenar etika pemakaian adalah seperti yang disiarkan & diperolehi oleh wartawan akhbar Sinar Harian hari ini.
Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam(MPKB-BRI)tidak pernah mengeluarkan surat pekeliling melarang pemakaian gincu & kasut tumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
Pengarah Perhubungan Awamnya,Azman Mohd Daham berkata,terdapat kekeliruan terhadap pekeliling yang dicetak & diedarkan kepada orang ramai.
"Sebenarnya kenyataan tersebut diedarkan kepada orang ramai sebagai kempen dakwah & ia bukanlah satu arahan yang dibuat oleh MPKB-BRI.
"Ia merupakan satu etika pemakaian mengikut cara-cara Islam.Tidak bersabit langsung dengan undang-undang kecil yang pernah dikeluarkan sebelum ini."katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.
"Kenyataan yang mengatakan bahawa Yang Dipertua MPKB-BRI melarang wanita muslimah memakai solekan yang jelas dilihat seperti gincu & tidak dibenarkan memakai kasut tumit itnggi adalah tidak benar.
"Kenyataan itu hanya kempen untuk berdakwah & kami tidak akan mengenakan sebarang denda ke atas kegagalan mematuhi peraturan tersebut." katanya.
Itu sedikit sebanyak ringkasan berita dari akhbar Sinar Harian berkenaan isu tersebut.diharap selepas ini tidak ada mana-mana pihak yang cuba memainkan isu tersebut & jelas tindakan MPKB-BRI itu adalah satu langkah yang bijak dalam mengembangkan ajaran Islam sebagai Ad-din.
Bak kata orang-orang lama - bagai menarik rambut didalam tepung...& juga sepertimana yang termaktub didalam ajaran Islam - tiada paksaan.
Semoga langkah MPKB-BRI ini tidak disalah ertikan oleh mana-mana pihak & menjadi contoh kepada PBT dilain-lain negeri.mulakan dengan dakwah & pemahaman itu amat penting didalam menyampaikan dakwah.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?