diciplak dari : tranungkite
Dilulus terbit pada Monday, June 30 @ 16:42:54 MYT oleh reformis
Oleh kicap_melayu
"Belum pun masuk kemahkamah atau didakwa telah terdapat pertelagahan fakta dalam kes DSAI Liwat Siri 2
Kenyataan Najib : Tengahari tadi di TV3 Najib buat penjelasan katanya gambar Saipul dengan pegawai dia itu diambil 3 bulan lepas. Untuk memohon biasiswa.
Berita dari Agendadaily : "Namun bagi mendapat kepastian mengenai tarikh gambar berkenaan diambil Agendadaily telah menghubungi pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Seorang pegawai pejabat itu memberitahu gambar berkenaan sebenarnya diambil pada bulan Januari 2008. "
Apa yang kurang menyenangkan ialah sikap pengarang Agendadaily yang seolah-olah memeprsendakan theori DSWA. Jika artikel itu dibaca sepenuhnya. Tindakan yang tidak professional dalam bidang kewartanan.
Usaha Agendadaily untuk mendapatkan maklumat yang jelas patut dipuji namun apabila mula membuat komentar-komentar yang mempersendakan seseorang adalah tidak wajar.
Jika beberapa tahun dulu saya tidak boleh tidak mesti menjengok Agendadaily setiap hari, tetapi sejak lapan atau sembilan bulan kebelakangan terasa Agendadaily mulai berbunyi seperti lain-lain media arus perdana BN walaupun tidak seteruk BH, UM, TV3 dan RTM. Namun untuk mengetahui perkembangan kes ini terjenguk juga saya ke laman Agndadaily tengahari tadi.
Apa yang menggelikan hati ialah telah terdapat percanggahan fakta tarikh dalam kes gambar ini. Semoga ulangan kes DSAI 1998 tidak berulang.
Akhir Qalam: Berbincang-bincang dulu sebelum membuat kenyataan, nanti dipanggil penipu da n pembohong."
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?