Assalamu'alaikum...
Rasanya baru sekali aku menulis tentang isu Kuda Trojan dalam blog ni...tak berapa pandai jugak nak ulas lebih-lebih pasal Kuda Trojan sebab masih kabur...yang pastinya Kuda Trojan dah mula "warming up" dah...dah start buat roadshow...dengar ceritanya Kuda Trojan mengulang lagi kenyataannya nak bertanding dengan Rajawali dalam mana-mana gelanggang tarung yang disertai oleh Rajawali.
Eh...betul ke baru-baru ni Kuda Trojan keluar negara?atas urusan apa ye?baru-baru ni Rajawali pun ada keluar negara jugak kan?macam ada persamaan la pulak...ada buat temujanji sulit ke antara Kuda Trojan dengan Rajawali masa keluar negara tu?musykil-musykil...
Kalau ada pertemuan sulit antara Kuda Trojan dengan Rajawali masa keluar negara hari tu,rasa-rasanya ada nampak sikit dah apa yang bakal berlaku nanti...agak-agak je la...aku kan suka berspekulasi...
Balik-balik dari luar negara je Kuda Trojan dah mula mengulang balik kesediaannya untuk berlawan dengan Rajawali dalam mana-mana gelanggang pilihanraya yang bakal disertai oleh Rajawali.tengok pada kenyataannya macam desperate sangat dah...kononnya Rajawali tu "punching bag" Kuda Trojan...cukup hebat Kuda Trojan...Rajawali pulak diam je...tak melawan,tak mengepak,tak menyambar...tenang-setenang- tenangnya...
Mungkin ada rancangan dah dicapai oleh Rajawali & Kuda Trojan sebelum ni..."rancangan sulit" mungkin...Kuda Trojan sedang meyakinkan parti raba-raba supaya permohonannya menjadi ahli parti raba-raba diterima & Kuda Trojan juga dalam road shownya berulangkali menegaskan bahawa dia bersedia berlawan dengan Rajawali dalam pilihanraya.cukup tegas & yakin Kuda Trojan...
MUNGKIN...Kuda Trojan akan diterima menyertai perti raba-raba kerana ketegasannya & MUNGKIN parti raba-raba akan mempertaruhkan Kuda Trojan untuk menangani Rajawali dalam pilihanraya nanti...segalanya MUNGKIN...
Ada lagi 1 keMUNGKINan...yang ni saspen sikit...
MUNGKIN Kuda Trojan bersungguh-sungguh meyakinkan parti raba-raba supaya "rancangan sulit" mereka(Kuda Trojan & Rajawali)akan dapat berjalan dengan lancar..."rancangan sulit"?apa tu?...ini cuma andaian aku je la...MUNGKIN rancangannya ialah mempertaruhkan Kuda Trojan kedalam parti raba-raba supaya dapat bertembung dalam pilihanraya - Kuda Trojan vs Rajawali jika Kuda Trojan mendapat kepercayaan dari parti raba-raba(siapa lagi yang mampu?).
MUNGKIN Kuda Trojan akan menjadi calon parti raba-raba kemudian menarik diri pada saat akhir & memberi laluan percuma kepada Rajawali untuk memenangi pilihanraya...MUNGKIN itu rancangannya...bukan "LAWAN" tetapi "BERI LALUAN"...segalanya mungkin dalam politik...
Siapa yang tak kenal Kuda Trojan sebelum ini?Kuda inilah yang berhempas pulas mencari jalan supaya Rajawali dilepaskan dari kurungan.tak ada Kuda lain yang lebih kuat usahanya selain Kuda Trojan...yang lain semuanya dari species Kuda Padi...dengar kurungan semua lari.
Apapun itu hanya pendapat & pandangan aku sahaja.MUNGKIN benar,MUNGKIN tidak...
Yang pastinya ialah,walau apapun rancangannya ia tidak akan menggugat Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Rajawali sebaliknya kalau parti raba-raba terbaca pandangan ini maka,akan bertambah huru-haralah parti raba-raba.nak terima ke tak nak permohonan Kuda Trojan?kalau terima...besar risikonya kalau andaian ni benar,kalau tak terima,rugi pulak kalau andaian ni tak benar...kah kah kah kah kah...lepas ni parti raba-raba boleh bukak tender supply panadol...
Pakatan Rakyat...tenang...apapun yang terjadi,kita tetap disini...teruskan seperti biasa.tiada apa perlu dirisaukan...ada panadol lebih?kita sedekahkan pada parti raba-raba...kah kah kah...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?