Assalamu'alaikum...
Baru je 2-3 hari lepas kita diwar-warkan oleh "Bakal ,MANTAN PM" bahawa "tiada lagi kenaikan harga bahan bakar tahun ini" & hari ini kita dikejutkan dengan 1 berita yang "mungkin" menjadi 1 lagi signal bahawa kita bakal ditipu & "mungkin" "Bakal MANTAN PM" akan menipu kita lagi untuk kesekian kalinya...
Minyak petrol naik RM3.15 hujung bulan ini
12-06-2008 08:33:39 PM
PUTRAJAYA: Kerajaan mungkin terpaksa menetapkan harga runcit bahan api yang lebih tinggi daripada RM2.70 bagi petrol dan RM2.58 bagi diesel berkuatkuasa Khamis lepas, jika ia tidak menstrukturkan sistem subsidi bahan bakar.Ini kerana harga minyak mentah global meningkat kepada AS$178 setong dua hari selepas itu.
Tanpa sistem subsidi baru yang ditetapkan pada 30 sen, kerajaan mungkin terpaksa menetapkan harga pada RM3.15 seliter untuk petrol, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Menurut beliau semasa kerajaan mengumumkan harga baru petrol, harga tanpa subsidi ialah RM3.00 seliter dan dengan subsidi harganya RM2.70 seliter iaitu kurang 30 sen.
Pada 4 Jun, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel masing-masing meningkat 78 sen dan RM1 seliter.
"Namun pada Jumaat, dua hari selepas pengumuman harga baru, harga dipasaran naik sehingga US$178 setong. Berasaskan pada harga itu, harga tanpa subsidi sekarang ialah 3.45 sen," katanya pada taklimat media mengenai Bajet 2009 hari ini.
"Harga dah naik, jadi kalau kita tidak buat apaapa dan kekalkan sistem subsidi. Hujung bulan kita terpaksa umumkan harga minyak pada RM3.15 sen seliter," katanya sambil menambah jumlah subsidi akan meningkat ketahap RM33 bilion.
Nor Mohamed berkata tanpa penstrukturan semula, kerajaan mengunjurkan jumlah subsidi dari Jun hingga Disember 2008 sebanyak RM10 bilion, manakala bagi lima bulan pertama 2008, jumlah subsidi meningkat kepada RM8 bilion.
Menurutnya jumlah hasil kerajaan dari semua sumber hanya RM147 bilion dan daripada jumlah itu, RM33 bilion harus dikeluarkan daripada bajet untuk memberi subsidi kepada syarikatsyarikat minyak kerana mereka telah diminta menjual minyak pada tahap yang rendah. BERNAMA
Rujuk [ sini ]
Hari esok kita semakin dihimpit oleh mereka yang diberi amanah oleh majoriti dari kita juga.saya fikir sudah sampai masanya untuk kita lakukan perubahan yang paling besar dalam hidup kita.tak perlu lagi menyalahkan sesiapa,cukuplah & usahlah kita menyalahkan lagi tangan-tangan yang memangkah KERAjaan kita hari ini.
Mungkin sudah sampai masanya untuk kita menyalahkan diri kita sendiri.
Salah kita juga kerana gagal memberi kesedaran kepada mereka-mereka yang masih belum sedar.
Salah kita juga kerana tidak pandai menyedarkan mereka.
Salah kita juga kerana tidak memberi maklumat yang dapat mereka fahami.
Salah kita juga kerana sebenarnya kita tidak muhasabah diri.
Salah kita juga kerana terlampau asyik menyalahkan mereka-mereka. Salah kita juga kerana terlalu "emosi" ketika memberi "informasi".
Salah kita juga kerana kita tidak "cermin diri".
Saya ingin menyeru diri saya sendiri,para penulis-penulis,blogger-blogger,sahabat-sahabat sekelian,pembaca-pembaca & seluruh warga TKO supaya mulai hari ini kita ubah diri kita,kita ubah cara kata...muhasabah diri & ubah cara penyampaian kita daripada "menyerang" kepada "menerang"...semoga langkah baru kita ini akan lebih mendekatkan kita kepada "mereka-mereka" itu...semoga langkah baru kita ini akan dapat "menimbulkan" cahaya kesedaran kepada mereke-mereka itu & yang lebih penting lagi semoga langkah baru kita ini akan lebih diberkati oleh Allah.
Mungkin "Ma'al Hijrah" sudah lama berlalu tetapi rasanya masih belum terlewat untuk kita berhijrah kepada yang lebih baik sementara kesedaran masih ada pada "jiwa" kita.sungguh...masih belum terlewat rasanya...
Bukan mudah untuk berjuang tapi bukan masanya juga untuk bersenang-lenang...
Lakukan sesuatu untuk PERUBAHAN!
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?