Wednesday, June 04, 2008

Pemandu Malaysia "Berhemah".

Assalamu'alaikum...

Semalam balik dari kerja tepat jam 9.30 malam.waktu tu hujan agak lebat & saya memandu sendirian dari Kampung Pandan kerumah saya di Subang Jaya.akhir-akhir ni masalah banjir di bandaraya Kuala Lumpur boleh dikatakan sudah berjaya dikawal dengan adanya terowong SMART.terima kasih pada kerajaan yang berjaya menyelesaikan masalah tersebut setelah berbagai kontroversi berlaku.

Apa yang mahu saya kongsikan disini bukan masalah banjir atau terowong SMART,tetapi masalah pemandu di Malaysia.kebetulan pula semalam setibanya saya dirumah,isteri memaklumkan berlakunya kemalangan di lebuhraya Karak yang melibatkan sebuah bas pelancong.itu pun bukan kisahnya yang mahu dikongsi disini.biarlah pihak yang berkenaan yang menyiasatnya.

Kita balik kepada topik asal...sepanjang pemanduan saya di lebuhraya persekutuan semalam saya perhatikan tak kurang dari 5 kemalangan kecil berlaku di sepanjang lebuhraya tersebut & 2 darinya dapat saya saksikan sendiri kerana melibatkan kenderaan disebelah saya.apa yang saya perhatikan ialah kemalangan tersebut berlaku bukan disebabkan oleh masalah jalanraya kita.sebaliknya ia berlaku kerana kecuaian pemandu sendiri.ke2-2nya berlaku kerana 2 faktor.jarak kenderaan yang mengekor terlalu rapat & juga pemandu yang memandu ala-ala beruk sarkis - tangan sebelah kiri memegang tin minuman sambil mengawal stering kenderaan manakala tangan kanan sibuk berSMS...mata pemandu pula macam orang baru lepas hisap candu,sekejap kedepan,sekejap memandang cermin sisi & sekejap memandang HP.betul-betul sibuk...

Kenderaan pulak bukan calang-calang orang biasa macam kita boleh pakai...Honda Accord,Mercedes & Toyota Camry.semuanya model terbaru.sayang sekali akal pemandunya tak sebesar kereta yang digunakan.itulah mentaliti pemandu Malaysia.

Minggu lepas berlaku juga 1 peristiwa yang tak sepatutnya berlaku dizaman moden ini.saya dalam perjalanan ke pejabat lebih kurang jam 9.00 pagi.didepan saya sebuah kereta jenis SAAB 900.dalam kelajuan lebih kurang 70-80km/j pemandu kereta tersebut sempat mencampakkan sebungkus plastik "carefour" berisi sampah ketika melalui sebuah longkang besar dihadapan Kompleks 3C.saya yang berada dibelakang kereta tersebut agak terkejut dengan perbuatan tak ber"otak" pemandu tersebut.masih ada yang bersikap begini rupanya...selamba je pemadu tu...

Agaknya banyak lagi kes-kes begini yang berlaku tetapi tidak kita sedari.mentaliti pemandu di Malaysia amat rendah rupanya.ramai yang mementingkan diri sendiri.tapi bila berlaku musibah,masing-masing hanya pandai menuding sana-sini.sungguh memalukan...

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?