Assalamu'alaikum...
Kerajaan akan melaksanakan peraturan mensyaratkan pemakaian tali pinggang keledar kepada penumpang yang menaiki bas terutamanya bas pelancong sebagai usaha meningkatkan keselamatan penumpang bas.
Timbalan Menteri pengangkutan,Datuk Seri Lajim Ukin berkata,pemasangan tali pinggang keledar itu telah diwajibkan ke atas bas-bas baru melalui piawaian antarabangsa yang ditetapkan mengikut akta 80 Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah(UNECE)sejak November 2007.
Satu usaha yang boleh dianggap baik untuk menjamin keselamatan pengguna bas-bas awam di Malaysia.tetapi,apa yang menjadi masalah pokoknya ialah sikap pemandu bas itu sendiri.tidak adakah usaha untuk mendisiplinkan pemandu-pemandu bas di Malaysia?rata-rata kejadian kemalangan yang melibatkan bas awam semuanya berpunca dari kesilapan pemandu bas itu sendiri.sebelum ini kita sering dikejutkan dengan pembongkaran rekod pemandu-pemandu bas yang terlibat didalam kemalangan maut.
Kebanyakan dari mereka dikesan menyimpan bukan 1 atau 2 rekod saman lalulintas,tetapi berpuluh malahan ada juga antara mereka menyimpan beratus-ratus rekod kesalahan lalulintas.dari rekod operasi JPJ & PDRM pula ada antara pemandu-pemandu bas awam dikesan terlibat didalam penyalahgunaan dadah.
Secara lojiknya mewajibkan penggunaan tali pinggang keledar pada penumpang bas tidak akan menyelesaikan masalah yang sebenarnya.kenapa pihak berkenaan tidak meneliti pada faktor kejadian?realitinya bukan penumpang yang menyebabkan kemalangan sebaliknya sikap pemandu itu yang menyumbang kepada masalah kemalangan.pemakaian tali pinggang keledar kepada penumpang bas hanya akan meminimumkan kecederaan tetapi kemalangan akan tetap berlaku seperti sediakala tanpa adanya kesedaran dan disiplin dari pemandu sendiri.
Kita mengharapkan agar pihak berkenaan(JPJ & PDRM)akan mengambil langkah yang lebih serius,berkesan & proaktif didalam menangani masalah tersebut disamping mengurangkan faktor kemalangan kenderaan awam khususnya bas awam.
Perlu diadakan atau diperketatkan syarat-syarat didalam meluluskan lesen kenderaan berat kepada bakal pemandu & pemandu-pemandu bas awam yang sedia ada contohnya mewajibkan menyertai kursus pencapaian pemanduan setiap sebulan sekali atau paling kurang 3 bukan sekali.mewajibkan ujian air kencing keatas pemandu-pemandu bas awam dengan lebih kerap dan menggantung lesen pemandu bagi setiap saman yang belum dijelaskan atau menggantung terus lesen pemandu bagi tempoh tertentu supaya kalangan mereka-mereka ini lebih berhati-hati dilain waktu.
Pada pengusaha bas juga tindakan yang tegas perlu diambil jika membenarkan pemandu bermasalah memandu bas-bas mereka.kita tidak mahu lagi kedengaran "akan mengambil tindakan" setiap kali berlaku 1-1 kemalangan.perkataan "akan" itu sahaja sudah kita fahami.hanya sekadar sebutan tanpa tindakan selanjutnya.ini juga salah 1 faktor kemalangan.undang-undang tanpa penguatkuasaan.
Sampai bila pengguna terpaksa menyabung nyawa?saya andaikan perkara ini "akan" terus berlaku selagi pihak berkenaan hanya "akan" mengambil tindakan tetapi tidak "akan" melaksanakan tindakan tersebut.
Mungkinkah Malaysia "akan" SELAMAT,"akan" AMAN & "akan" MAKMUR?
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?