Monday, June 09, 2008

Rally 1 juta, turunkan minyak, jatuhkan UMNO/BN

dipetik dari Tranungkite :

Dilulus terbit pada Sunday, June 08 @ 16:49:37 MYT oleh SongkokPutih
Oleh ulit_mayang

 Ole – ole ..

Menyokong penuh Perhimpunan 100,000 anjuran PROTES 12 julai nanti , di KLCC. Tetapi kenapa angka 100,000 , dah selalu dan acap kali sangat digunakan. Kenapa tidak dinaikkan sekali ganda atau 10 kali ganda , menjadi 1,000,000 , 1 juta ?

Angka tersebut elok diubah supaya menjadi satu perhimpunan 1,000,000 , bertempat di ibu Negara , dengan pergerakan dibuat dari segenap penjuru Negara , dari utara , timur, selatan , sabah dan Sarawak disamping kawasan tengah

Kalau untuk 100,000 rasanya setakat orang Kg Baru dan sekitarnya saja , so adakah penyokong – penyokong dari lain – lain kawasan dekat2 tu akan dihalang dari hadhir dan turut serta ke ?

Tak adil macam tu. Orang – orang dari kawasan lain kat Selangor juga pakai kereta juga , kena bayar harga RM2.704 juga untuk petrol dan RM 2.58 untuk diesel , begitu juga rakyat dari Melaka , Negeri Sembilan ,malah seluruh negara.

Bagaimana halnya pulak dengan penyokong – penyokong dari Utara , Penang , Kedah , Perak termasuk juga Perlis walaupun sokong UMNO , tapi kali ini bersatu menyatakan sokongan supaya harga minyak diturunkan semula.

Jangan lupa orang – orang UMNO juga nak ikut serta , menyatakan bantahan , kerana rata – rata yang ditemui ramai juga ahli – ahli UMNO yang miskin , papa kedana dan dalam katogeri miskin tegar, tidak setuju dengan kenaikan harga minyak ni, orang UMNO juga ada yang tak ada kereta , tapi harga barangan keperluan lain dah mula naik mendadak.

Orang – orang UMNO yang kaya raya Cuma tiga empat kerat sahaja , termasuklah Presidennya , Timbalan Presidennya , Bendaharinya , Ahli majlis kerja Tertinggi , Pengerusi Perhubungan Negeri , Exco – exco negerinya , Ketua – Ketua Bahagian , Ketua Pemuda dan exco – exconya , Ketua Puterinya dan exco - exconya sahaja.

Kerana orang – orang inilah yang duduk dekat katung duit. Lain – lain tu miskin macam rakyat teramai lah.

Berjalan kaki

Sebagai protes kenaikan harga minyak , jadi perhimpunan dicadangkan dibuat dan dimulakan dengan berjalan kaki dari segenap penjuru negara , secara berpasukan , dalam banyak kumpulan , macam larian obor olimpik tu lah.

Jika tarikh 12 julai dipilih untuk berhimpun sercara aman , walaupun Polis kata perhimpunan haram yang akan mencetuskan huru hara , maka sebaiknya perjalanan boleh dimulakan pada 5 Julai , dari Utara , Timur , Selatan , Sabah dan Sarawak , di samping kawasan tengah.

Pihak penganjur boleh mulakan nya dengan perancangan yang rapi , dari utara dan Selatan , kita penuhkan Lebuh Raya Utara Selatan dari Bukit Kayu Hitam dan dari Johor Bharu menghala menuju ke Kuala Lumpur.

Begitu juga dari Pantai Timur , boleh dimulakan dari Kota Bharu melalui jalan Gua Musang , Bentung seterusnya ke Kuala Lumpur.

Dari Kuala Terengganu , boleh melalui Lebuh Raya Jerangau Jabor ke Lebuh Raya Pantai Timur 2 ke Kuala Lumpur. Manakala dari Kuantan melalui Lebuh Raya Pantai Timur , dan bergabung dengan rombongan dari Terengganu di Susur Masuk LPT2 di Tol Plaza Jabor.

Ayuh , tunjukkan kesepaduan , kesepakatan rakyat marhaen. Turunkan minyak , jatuhkan UMNO/BN.

Urusetia

Urusetia di peringkat negeri di setiap negeri perlu dibentuk segera . begitu juga di peringkat daerah , dan di peringkat Parlimen , dan di peringkat DUN , dan di peringkat Bahagian , seterusnya di peringkat kampung.

Mesyuarat

Perlu dilakukan bermula dari sekarang. Urusetia dan jawatankuasa penganjur yang pernah mengendalikan Perhimpunan BERSIH di Istana Negara , sebaik saja selepas Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas , perlu digerakkan sekarang. Masa sudah suntuk bagi menjatuhkan Pak Lah dan menurunkan harga minyak serta barangan.

Provokasi sb

Walaubagaimanapun , satu aspek yang sangat perlu dititikberatkan ialah sabotaj oleh polis cawangan khas. Pimpinan dan urusetia perlu memberikan sesi – sesi penerangan khusus dan khas , bagi menghadapi provokasi dan sabotaj dari SB – SB ini.

Menteri Dalam Negeri dah beri amaran jangan berdemostrasi , bermakna ada dua kemungkinan , PERTAMA polis akan membenarkan perhimpunan dengan mengeluarkan permit dan , KEDUA , pihak polis akan menguatkuasakan undang – undang UMO/BN , seperti biasalah.

Jadi perlu bersedia dari sekarang , seperti yang sudah – sudah , kumpulan yang dilatih khas dalam pasukan polis , bagi memulakan dan mencetus huru hara dan kekacauan, iaitu dari Cawangan Khas.

Jadi , langkah berhemah dan berhati – hati , antaranya perlu mengenali dan mengawasi orang – orang yang di sebelah kiri dan kanan serta di hadapan dan belakang kita , perhatikan mereka – mereka ini. Lakukan yang terbaik apabila mencurigakan.

Sponsor

Punggutan derma harus dan perlu digerakkan dari sekarang , bagi menampung sebahagian dan perbelanjaan menganjurkan perhimpunan 1,000,000 ini , disamping perbelanjaan sendiri oleh setiap seorang daripada kita. Ini adalah sekiranya perlu bagi menyediakan sedikit kemudahan , seperti air , minuman ringan , makanan ringan , T-shirt dan lain – lain.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?