Friday, June 06, 2008

Rebet Minyak - Kerajaan(Nak)Tipu Lagi??

Assalamu'alaikum...

Kenyataan Pak Lah - "Bagi pemilik kenderaan persendirian yang berkapisiti enjin sehingga 2000cc(kuasa kuda)serta trak pikap dan jip berkapasiti enjin sehingga 2500cc,bayaran tunai sebanyak RM625 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan.

"Bagi pemilik motosikal persendirian berkapasiti enjin sehingga 250cc,bayaran tunai sebanyak RM150 setahun bagi setiap kenderaan akan diberikan,"katanya

Katanya bayaran ini meliputi kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009.

Apa makna :
kenderaan dengan cukai jalan yang berkuatkuasa mulai 1 April 2008 hingga 31 Mac 2009???saya tinggalkan satu tanda-tanya disini tanpa mengulasnya kerana saya sendiri pun agak terkeliru dengan kenyataan itu & saya kira ada antara pembaca yang dapat menghuraikannya didalam komen anda nanti untuk kita perhalusi maksudnya disitu.

Berbalik kepada rebet minyak sebanyak RM625 & RM150 untuk kenderaan terpilih.disini saya andaikan bahawa ianya tidak memberi apa-apa makna kepada kita malah beban kita sebagai pengguna sedikit pun tidak berkurang malah pasti akan bertambah lagi selepas ini.kenapa begitu?

Selepas hari ini kita akan dibebankan dengan kenaikan harga barangan yang pastinya tidak dapat dielakkan.paling kurang sebanyak 41% & paling tinggi mungkin mencapai 70%.yang inipun saya kira tak perlulah saya huraikan lagi & saya andaikan anda semua tahu kenapa...lagipun saya bukan menteri UMNO yang berfikir anda semua bodoh,tidak...saya bukan Pak Lah...anda pasti tahu mengira peningkatan sara hidup anda selepas kenaikan harga bahan bakar.pasti makin bertambah walaupun setelah dicampur dengan rebet yang anda dapat...

Kesimpulannya KERAjaan menipu rakyat lagi...

Dikhabarkan juga pada bulan Ogos ini KERAjaan akan menghapuskan terus subsidi & harga minyak pada PAM minyak akan mengikut harga pasaran.kalau harga pasarannya RM5 seliter maka RM5 lah yang akan kita bayar untuk kuantiti seliter...itu hanya "khabar angin".TAPI!!!...jangan kita lupa bahawa didalam senario politik negara Malaysia,segala "khabar angin" adalah benar.macam yang terjadi sebelum PRU12...

Pak Lah Bebal sendiri yang menafikan "khabar angin" pembubaran kabinet & keesokan harinya Pak Lah sendiri yang menafikan "penafiannya" itu.maka "khabar angin" itu menjadi benar sebenar-benarnya!!!

Saya ingin ingatkan anda semua,seandainya "khabar angin" penghapusan subsidi itu benar-benar berlaku pada Ogos ini,kemanakah akan pergi kesemua janji-janji Pak Lah Bebal untuk memberi Rebet Minyak kepada para pemilik kenderaan?

Disini juga saya tinggalkan persoalan itu sebagai tanda-tanya buat anda semua pembaca...KERAjaan nak tipu kita lagikah?

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?