Assalamu'alaikum...
Perletakan jawatan serta merta Yahya Shahri sebagai pegawai kanan menteri besar Selangor & juga setiausaha perhubungan PKR Selangor sebaik digantung tugasan selama 2 bulan oleh menteri besar Selangor dilihat sebagai 1 tindakan yang terlalu terburu-buru & tidak matang.
Kenapa terlalu cepat melatah?bagi saya,apa yang dilakukan oleh MB Khalid adalah 1 keputusan yang amat tepat & kena pada masanya.kita perlu mengambil positif akan keputusan yang diambil oleh MB Khalid.ini adalah soal intergriti & ketelusan kerajaan pimpinan PKR dalam membawakan imej yang baik dalam pentadbirannya.kenapa perlu melatah?
Saya tidak mengatakan bahawa Yahya bersalah dalam hal ini.saya juga tidak mengatakan bahawa Yahya telah terlibat dengan rasuah bila saya bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh MB Khalid.tetapi jika saya berada ditempat MB Khalid,saya juga akan mengambil tindakan yang serupa.mana-mana penjawat yang disiasat WAJIB digantung dahulu dari menjalankan tugasan.
Langkah ini bagi saya ialah semata-mata untuk memudahkan siasatan & mengelakkan dari "tertuduh" dituduh cuba menghilangkan dokumen atau mengubah dokumen semasa menjalankan tugasan.ini juga dapat mengelakkan dari "tertuduh" dituduh mengganggu tugasan penjawat awam.tinggalkan dahulu pejabat & kerja-kerja rasmi & biarkan BPR melakukan siasatan tanpa gangguan.berani kerana benar,takut kerana salah.
Saya percaya jika langkah ini tidak diambil,pembangkang Selangor akan menimbulkan berbagai spekulasi yang akan memburukkan lagi suasana & nama baik kerajaan pimpinan PKR.musuh tidak pernah lupa pada kita & mereka sentiasa menunggu kita membuat kesilapan & kadang-kadang kita lupa musuh sentiasa memerhatikan kita & menunggu kita membuat kesilapan.
Pada Yahya & para penyokongnya,suka saya nasihatkan supaya bersabar & bersikap matang.tidak ada gunanya anda mengambil keputusan yang gopoh begini.ingat pada perjuangan anda.anda berjuang untuk rakyat,bukan untuk perut anda.apa ada pada kedudukan,jawatan & pangkat seandainya kepercayaan dari rakyat hilang?
Perbuatan yang tergopoh-gapah & tergesa-gesa begini tak lebih sebagai mencalar imej PKR.waktu berkempen pilihanraya kita bercakap soal "ketuanan rakyat" tetapi bila jadi begini anda lupa pada perjuangan "ketuanan rakyat" yang anda bawa.rakyat melihat keputusan yang anda ambil hari ini bukan kerana membela rakyat,tetapi kerana jawatan anda.
Kalau benar Yahya tak bersalah,terima sahaja penggantungan tersebut & biarkan BPR melakukan siasatan mereka supaya cepat selesai.lebih cepat penyiasatan selesai,lebih cepat nama anda dapat dibersihkan.ini bukan soal jawatan,kepentingan,jasa anda pada parti atau balasan terhadap jasa anda pada parti...ini soal intergriti,soal kepercayaan rakyat,soal tanggungjawab.perlu berfikir secara rasional bukan emosional.
Apa nak dibisingkan?apa rasionalnya menuntut MB Khalid melepas jawatan?anda belum dihukum,anda baru digantung & penggantungan itu bersebab,untuk memudahkan siasatan.lainlah kalau anda sudah dihukum.
Bila dah jadi macam ni saya teringat - setiap yang berlaku itu ada hikmahnya...mungkin ini berkat doa rakyat kepada Allah agar dinobatkan kerajaan & kepimpinan yang bersih & telus & ini mungkin petunjuk dari Allah hikmah disebalik kejadian ini.Allah ingin menunjukkan kepada kita mereka-mereka yang benar-benar ikhlas berjuang & mereka-mereka yang berjuang kerana ada agenda peribadi.tidak ada tempat bagi mereka-mereka yang menyimpan cita-cita peribadi didalam kerajaan yang telus & bersih.
Yahya...anda berada dipihak yang mana?yang benar-benar ikhlas,atau yang ada agenda peribadi?pada MB Khalid...tahniah atas keputusan anda.tunjukkan & buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan PR amat serius dalam membuktikan ketelusan dalam pentadbirannya & tiada kompromi dalam hal hal penyelewengan.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?