KUALA LUMPUR 17 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa, kata peguamnya, Sankara N.Nair.
Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini. “Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi,” kata Nair.
Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.
Semalam, Anwar menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela. Polis juga gagal mendapatkan kebenaran beliau untuk mengadakan pemeriksaan perubatan penuh terhadapnya semasa berada di HKL.
Bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas.
Anwar telah memfailkan saman dengan mendakwa Mohd. Saiful membuat laporan palsu. - Bernama
Sudah terang lagi bersuluh.
ReplyDeleteKalau benar dia tidak bersalah kenapa takut nak buat ujian DNA? Bagi dia semua org tak betul. Polis tak betul, peguam tak betul, hakim tak betul, doktor tak betul. Habis siapa yang betul?
Dah terang-terang ujian DNAlah satu-satunya bahan bukti paling penting untuk menentukan dia bersalah atau sebaliknya. Manipulasi apa bendanya pulak? Kalau semua org kita tak bercaya, esok lusa nak makan nasi pun takut, takut ada racun dalam beras. Nak minum air pun takut, takut ada racun dalam air. Nak isi minyak kat petrol pump pun takut, takut ada bahan letupan kat petrol pump...entah la labu...
Pakat2 la ramai2 beri sokongan kepada pemimpin korang tu. Semoga dirahmati Allah.
woi mafia..engko pun bebal..kalau dh nama nya konspirasi beginilah jd nya..cuba la tempat kan diri kau, keluarga ko kt tempat dia..dikhianati oleh org, apa ko akan buat?? musuh bagi minum racun ko nak minum ke?????? tepuk dada tnya selera bang "MAFIA"
ReplyDeleteOit bang MAFIA..nama gah tu.uisshhh...takutttt gileerrr aku..~~~.pegi daaa`~~kalau anwar bagi statement dulu pun blh kena putar belit ini kan pula sekarang ni.smpai satu tahap org keliling kita pun kita x blh percaya..lebih2 lagi yg "bertopeng" tu.awak x tgk, baca brita ke?? baru kuar dari bawah tanah ke???..sndiri ada otak sendiri kasi pikir dlm2 ..igt skit la bang..arini kita blh ckp mcm ni.pikir anak cucu kita esok.jgn smpai diaorg sume jd hamba.
ReplyDeleteYe..jd hamba mcm "mafia"..x tau nk pikir tegak kan kebenaran.penting diri sendiri.org bg makan taik pun dia makan..mana kisah punya.janji kenyang ye x bader MAFIA yg digeruni..uisshhhhhhh```aku pun takuuutttt sggtttt sgn MAFIA nih.nama x blh blh..bebal punya manusia.
ReplyDelete