Assalamu'alaikum...
14 Julai bakal mencatat 1 sejarah baru dalam politik Malaysia pasca PRU12 & mungkinkah akan menjadi detik apa yang kita Panggil Tsunami Politik 2? entah...tak dapat aku jangka buat masa ni & sekadar aku dapat tunggu & lihat wajah terkini politik gila era Mahathir & Pak Lah.
Sikit tak aku rasa akan ada perubahan dalam politik Malaysia tapi dari pengalaman & sejarah lalu aku dapat agak tak ada apa-apa yang akan berlaku...keputusan tak kan memihak pada Pakatan Rakyat & UMNO selepas ini akan terus menjadi KERAjaan berkuasa yang paling dibenci oleh kebanyakan rakyat Malaysia & akan terus disanjung oleh mereka-mereka yang bernaung dibawah payung UMNO/BN.
Undi tak percaya?sejauh mana akan berjaya usul tu mungkin dah dapat kita agak...100% MP Pakatan Rakyat akan sebulat suara menyokong usul tersebut andai usul diluluskan Pandikar, Pak Berahim akan berkecuali kekiri tidak kekanan pun tidak, MP komponen BN akan menolak manakala SAPP sebagai salah 1 komponen BN yang sebelum ini terang-terangan akan menyokong usul undi tidak percaya akan berpusing 180' atas alasan "masanya tidak sesuai"...
Itu pandangan aku & itulah yang selalunya berlaku dalam politik Malaysia...hangat-hangat taik ayam dipihak BN, berkecuali dipihak Bebas & 100% komitmen dari pembangkang...siapa yang dapat menyangkal fakta ini?
Dipihak UMNO sedari kelmarin kita dah dapat lihat propaganda telah bermula bilamana Mat Nazri mengeluarkan kenyataan bahawa dia mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen, Isnin ini.
Entah ejen penyiasat mana yang Mat Nazri ni upah aku pun tak tau tapi yang pastinya ejen yang Mat Nazri pakai ni memang laju kepala otaknya hingga dapat memintas satu maklumat yang kita dipihak pembangkang pun tak pernah bincangkan...ataupun mungkin ejen penyiasat Mat Nazri tersalah padang dalam mencari maklumat & kemungkinan besar ejen upahan Mat Nazri berada di utara Iraq buat masa ini...dengar khabarnya di utara Iraq akan ada 1 demo besar-besaran esok...gila betul la ejen Mat Nazri ni...yang upah mamat ni lagi la bapak segala gila...
Bagi pihak polis pun aku tengok dah tumpang sama gila jugak bila dapat maklumat dari Mat Nazri ni & kemungkinan besar bapak-bapak polis pun dah naik gila babi bila banyak roadblock diwujudkan setelah dapat maklumat dari Mat Nazri...nampak sangat polis pun sama gilanya...tak kan la SB-SB polis yang bertaburan & yang dah menyusup masuk dalam kem Pakatan Rakyat selama ni tak dapa nak sah kan berita ni?
Aku yang tengok keadaan macam ni pun dah separuh senget kepala otak aku dibuatnya...kredit HP aku untuk 2 hari ni aje dah dekat RM100 dah aku habiskan untuk sahkan maklumat demo besar-besaran tu tapi dari semua cawangan yang aku hubungi baik PKR,PAS & DAP tak de 1 pun yang tau pasal demo ni...aih...gila betul la Mat Nazri & penyiasat dia tu...
Mungkin 14 julai akan mencatat 1 rekod baru buat Malaysia bila PDRM ditipu bulat-bulat oleh Mat Nazri & kebangangan PDRM pulak terserlah bila tak dapat nak sahlan kenyataan Mat Nazri tu betul atau tak...ini betul punya gila...aku cadangkan pada Musa Hassan supaya bubarkan unit SB, Penyiasat & pegawai penyiasat, unit risikan atau apa-apa yang berkaitan dengan pencarian maklumat dalam PDRM & serahkan semua tugas tersebut kepada Mat Nazri & penyiasat upahannya...mudah-mudahan engkorang akan dapat berita yang lebih tepat lagi.
Entahla...tunggu je la kesudahan 14 Julai...aku tak rasa akan ada apa-apa perubahan pun...usul undi tak percaya? 40-60 bagi aku...40 kredit untuk PR & 60 kredit untuk BN...mana la ada dalam sejarah BN MP nya sanggup buat sesuatu yang boleh menghilangkan jawatan depa??? duit beb...duit...depa lagi rela mampus atas duit dari mati atas sejadah...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?