Ramalan popular menduga usul itu tidak akan ‘ lepas’.
Ini bukan saja kerana pembangkang tidak mempunyai cukup Ahli Parlimen untuk menentang jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional tetapi asas untuk usul seumpama itu tidak ada.
Malah ada pemerhati politik yang mempersoalkan tentang timing usul itu dibawa serentak dengan kehangatan kes dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dakwaan bekas pembantunya, Saiful Bukhri Azlan, di Balai Polis Jalan Travers yang terletak tidak jauh dari bangunan Parlimen pada jam 2 petang hari ini.
Sementara itu berikutan adanya khabar yang mengatakan pembangkang nak adakan perhimpunan ‘ tunjuk sokongan’ pada usul itu polis mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen, Isnin pagi.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunanitu adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967.
"Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.
Beliau berkata sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau berkata polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu.
Katanya notis itu ditampal di sekitar
Ahmad Sofian berkata beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' di sekitar
Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum.
Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya malam ini berkata beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen Isnin.
"Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)," katanya.
Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu fitnah dan menyalahguna proses undang-undang.
Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut.
Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang ditemui Agendadaily lepas satu majlis kenduri di Dewan Perdana Felda di Kuala Lumpur juga kata beliau tidak tahu menahu tentang adanya rancangan untuk mengadakan sebarang perhimpunan.
Katanya kalau ada pun PAS tidak terlibat.- 14/7/2008
diciplak dari : agendadaily
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?