Oleh Bernama | |
Isnin, 14 Julai 2008 | |
KL: Polis akan memantau sekitar bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Jalan Dewan Bahasa di sini malam esok, tempat bakal berlangsungnya debat antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, pemantauan itu adalah bagi mengelakkan tercetusnya perkara yang tidak diingini daripada berlaku. "Kita telah membuat persediaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan malam esok," katanya pada sidang media di sini hari ini. Debat yang bertajuk "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada rakyat sebab-sebab kerajaan terpaksa menaikan harga minyak. Mengenai sekat jalan yang diadakan hari ini, Muhammad Sabtu berkata, sekatan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' itu akan diteruskan sehingga petang atau malam ini. |
berita penuh di [ sini ]
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?