email dari : xstream
Salam,
fuhh debat terbaik pasal turun minyak dari DSAI, Shabery pihak
kerajaan terbukti tidak mahu dengar apa2 alasan dan cadangan bernas
DSAI. Hujah2 DSAI mantap dan menjurus kepada bagaimana harga minyak
dapat dikurangkan tanpa meminta menggunakan duit Petronas dan
cadangan turun 50 sen kepada RM2.20 adalah logik dan mampu
dilaksanakan sebagai pilihan permulaan sekiranya PR memerintah dan
Anwar mengumumkan untuk bertanding dalam masa terdekat. Hujah
shabery banyak yang membantah hujahnya sendiri dan banyak kepada
serangan peribadi kepada DSAI. Hujah shabery tidak menjawab dan
menyangkal logikal rancangan DSAI yang pratikal tetapi lebih
berhujah kepada habisnya minyak dan tingginya inflasi negara lain
walaupun harga minyak rendah. Anwar membalas dengan bersahaja
gayanya dengan memberikan formula -- minyak rendah inflasi tinggi,
minyak naik inflasi lagilah melampau naik sambil memberikan maklumat
terkini kajian berkenaan inflasi dan menyatakan unjuran inflasi
kerajaan tidak tepat dengan keadaan semasa, sambil berseloroh
menyuruh shabery membeli ikan dan sayu dipasar. Hujah shabery yang
memberitahu beras kita lebih murah dari thailand begitu menggelikan
hati, orang citer minyak dier citer beras. Panel shabery pun pelik
kerana cuba mengalihkan perhatian berkenaan IP bebas yang
dikatakannya tidak berkaitan dengan minyak tetapi anwar membalas ia
ada kaitan dengan gas dan gas ada kaitan dengan minyak, sungguh
memalukan. Secara ringkas debat tadi 1 DSAI dan 0 Shabery. Shabery
letak jawatan!!!!
ringkas dari saya.
Wassalam
si strawberry tu bangang..dahlah bodoh,sombong plak tu..menteri2 BN sume mmg tak guna 1 sen pun.cakap mulut sampai berbuih,geli aku tgk tp ckp zero..no facts at all,auta je lebih..pirrrahh mabuk!!!!
ReplyDelete