diciplak dari : malaysiakini
Jul 2, 08 6:31pm
Menteri besar Selangor mendedahkan hari ini terdapat kes prima facie terhadap bekas pegawainya Mohd Yahya Mat Sahri berhubung usaha memungut wang derma bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat kes itu diperolehinya daripada pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Ja'afar Mahad dalam satu pertemuan semalam.
"Pengarah BPR Selangor ... melaporkan terdapat kes prima facie berkaitan salah guna kemudahan pejabat menteri besar untuk meminta derma sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.
Dalam sidang medianya petang ini, Abdul Khalid berkata penggunaan kepala surat pejabat menteri besar berada di luar pengetahuannya.
Tambahnya, pengarah BPR juga memberitahunya, pegawai tugas-tugas khas itu menggunakan modus operandi yang sama dalam dakwaan awal berhubung isu pengagihan kontrak dan tender pembuangan sampah di Petaling Jaya.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?