Tuesday, July 01, 2008

DSAI- Kerana Dirimu Begitu Berharga...

artikel asal : ummu waheedah

Assalamu'alaikum,

Segala puji bagi Allah s.w.t tuhan semesta alam, selawat dan salam kepada junjungan kita nabi Muhammad s.a.w. Allahumma solli ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Amma ba'du,

Melihat kemelut politik mutaakhir ini, saya menjadi bertambah gusar.Sebelum ini kegusaran itu sudah sedia bertapak memandangkan iklim politik sejak PR12 masih belum reda dilanda angin perubahan yang kadang kala membawa hawa panas, adakalanya hawanya sepoi berbahasan dan seringnya ligat bagai taufan.

Saya perhatikan hampir semua egroups, sejak 29 Jun 2008 dipenuhi dengan bahasan tentang kes aduan liwat melibatkan tokoh yang sentiasa bernilai sensasi dan kontroversi tak lain tak bukan DS Anwar Ibrahim. Nampaknya kes altantuya ledakan dan letupannya tidak sehebat kes liwat DSAI . Bila melibatkan kedutaan Turki, negara arwah Kamal Atartuk yg tidak ber'bin' itu, maka terjadilah ledakan media sepeti yang pernah terjadi 10 tahun dahulu. Sejarah berulang kembali dengan nafas baru, sama ada nafas kali ini nafas berbau atau nafas bercelaru terpulanglah untuk kita nilaikan.

Lalu semua ini mengingatkan saya kepada rakaman sejarah Nabi Yusuf a.s dalam surah Yusuf (chapter 12). Sejarah merakamkan kisah nabi yusuf difitnah dengan seorang wanita ternama lagi cantik (zulaikha) dan nabi Yusuf a.s mengucapkan "Fassobrun Jamil" [Sabar itu indah, rujuk surah Yusuf ayat 18] . Sekali pun seorang Nabi mampu mendapatkan pertolongan secara terus dari Allah s.wt yg mengasehinya namun nabi Allah tetap diuji dengan penjara dan kesabaran.Sesungguhnay Allah s.w.t bersama dengan orang-orang yang sabar. Ucapan Fassobrun Jamil juga diucap oleh Nabi Allah Yaakub (ayah nabi Yusuf) dalam ayat 83 surah Yusuf.

Begitu juga bila sejarah fitnah berulang melibatkan Isteri kesayangan Nabi s.a.w, Saidatina Aisyah r.a , Siti Aisyah lantas mengucapkan kalimah 'assobrun jami'l lalu beliau membanyakkan istiqfar, berpuasa , bermunajat dan berserah kepada Allah s.aw. Dia tidak berusaha mengumpul rakan2, sanak keluarga untuk membuktikan kebenaran tetapi berserah kepada Allah semata-mata. Atas kesabaran itu Allah menurunkan wahyu iaitu surah an-nur ayat 11. yang mafhumnya "
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). "

Ingatlah juga bahawa Allah s.w.t memberikan kepada kita kitab al-qur'an yang tiada keraguan padanya. Petunjuk jalan yang benar. Lalu apakah tindakan kita ketika menerima suatu berita yang dikhuatiri kesahihannya.? Allah s.w.t memberikan jawapan dalam surah an-Nur ayat 12-13 yg mahfhumnya " Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".[12].Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta. [13].

Allah s.w.t memberi amaran kepada pendengar2 fitnah bahawa mereka juga akan turut menerima azab yang besar kerana turut membawa berita fitnah itu tanpa menegtahui hal sebenar. Ini samalah dengan kegiatan sebahagian kita kini yang turut menjadi 'forwarding agent', jadi pengulas tak bertauliah, jadi professor serba tahu, menjadi penganalisis politik tanpa gaji, menjadi perencana toeri konspirasi dan berbagai bagai tugas yang entah apa asasnya.

Ternyata umat Islam kini sudah melupakan kitab petunjuk (al-qur'an ) sebaliknya begitu teruja mahu melawan arus perdana, belitan fitnah yang sudah mencengkam umat masa kini. Masing2 mengetuk keybord mahu memberi buah fikir akan a fitnah terbaru dan mahu menunjukkan simpati yang tidak bertepi kepada mangsa (DSAI). Da;lam masa yang sam sumpah seranah kepada si penuduh dihambur tanpa tapisan lagi. Lupa untuk merujuk kepad kitab Allah , lupa malah mungin jarang difikirkan hal ini.

Bukankan Allah memberikan panduannya dalam ayat an-nur berikutnya mafhumnya "
Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -[24:14]

"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. [24:15]

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi kami memperkatakan hal ini! Maha Suci Engkau (ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli rumah Rasulullah)! Ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan". [24:16]

Lalu sebagai orang yang mengaku beriman ,apakah tindakan kita bercakap sesuatu yang tidak kita ketahui kebenarannya itu benar? Fikirkanlah dan insaflah, janganlah kerana terburu nafsu kita melupakan kitab yang satu2nya tinggal sebagai pedoman kita.Firman Allah seterusnya :Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman. "[24:17]

Semuga perkara ini dipanjangkan dan marilah kita membuka al-qur'an, menatapnya, (jika tak berkesempatan untuk membaca), mendakapnya, mengucupnya, menjunjungnya dan membacanya. Marilah kita minta kepada Allah s.wt agar Dia menujukkan kebenaran dan melenyapkan kebathilan. Biarlah Allah s.wt.yang merencanakan balasan, sesungguhnya dia sebaik2 pemberi balasan.

Sekianlah aktiviti memacu minda ummah hari ini. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?