Saturday, July 26, 2008

Hj. Bakhil, Labu dan labi

Ni aku cilok dari blog mat saman kati...korang baca la...ujung-ujung minggu ni baguih buat cuci hotak tuh...

Maka, muqabalah pun dipersetujui dan perjumpaan pertama telah pun ditetapkan di Hotel Sunway, Pulau Pinang. Umno diwakili oleh Do, Re, dan Mi manakala Pas diwakili oleh Labu, Labi dan Hj. Bakhil.

Kesemua wakil ini sepatutnya bertolak dari Kuala Lumpur serentak, tapi nasib tak baik, kereta Proton Perdana yang dinaiki, dua-duanya rosak. Biasa la. Jadi keenam-enam delegasi ini sepakat untuk menaiki keretapi.

Wakil Pas membeli tiga tiket untu mereka tetapi wakil Umno hanya membeli satu tiket sahaja! Hj. Bakhil pun bertanya kepada Do. "Pasai apa beli satu saja?" Do pun jawab. "Satu tiket boleh pakai tiga orang! Tak percaya, tengok nanti."

Bila keretapi bergerak, Do, Re dan Mi masuk kedalam tandas. Hei!!! Tiga orang masuk satu tandas? Hj. Bakhil terkebil-kebil.

Tak lama kemudian, datang la pemeriksa tiket. "Tiket...tiket!!"

Hj. Bakhil, Labu dan Labi pun menunjukkan tiket masing-masing untuk diketip. Sampai kat tandas, pemeriksa tiket pun mengetuk pintu tandas."Tiket...tiket!". Hj. Bakhil, Labu dan Labi memerhati dari jauh. Pintu tandas dibuka sikit, dan satu tangan menghulur tiket dicelah-celah pintu yang sedikit terbuka. Pemeriksa tiket pun mengambil tiket dan selepas mengetip, dia pun letak balik kepada tangan yang menghulur.

Selepas beberapa seketika, agak-agak pemeriksa tiket sudah pergi kegerabak lain, Do, Re dan Mi pun keluar dari tandas dan tersenyum.

Hj. Bakhil pun bagi tau kat Labu dan Labi. "balik nanti, kita boleh buat macam tu."

Dalam perjalanan balik, Hj. Bakhil pun membeli satu tiket untuk tiga orang. Tapi dia heran, Do, Re dan Mi tak beli tiket! Dia pun tanya kat Re dan Re pun jawab." Balik semua free!"

Bila keretapi bergerak, Do, Re dan Mi berlari masuk satu tandas. Hj. Bakhil, Labu dan Labi pula masuk tandas lagi satu disebelah.

Beberapa minit kemudian, Do keluar dari tandas dan berkata didepan tandas Hj. Bakhil. "Tiket....tiket." Satu tangan menghulur tiket dicelah-celah pintu yang sedikit dibuka. Do mengambil tiket itu dan terus lari ketandas dia.

Hangpa sambung sendiri..........

1 comment:

  1. Eh ! Nape tak naik Merc yang baru beli ?

    Inti : Jangan terlalu mempercayai orang lain yang nampak smart.

    Harap : PAS jangan gadaikan nilai perjuangan Islam. Insya-Alah

    Menulis Demi Cinta
    http://fairuzhafeez.com

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?