Jul 17, 08 2:07pm
Pemuda PAS menyifatkan siasatan dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai percubaan untuk menghalang penasihat PKR daripada mengambil alih kerajaan persekutuan, kata ketuanya Salahuddin Ayub.
"Dewan Pemuda PAS melihat bahawa kerajaan BN sengaja memanipulasikan isu liwat ini untuk menyekat Anwar daripada meneruskan usahanya mengambil alih kerajaan daripada BN," katanya hari ini.
"BN kini benar-benar tergugat kerana Anwar telah mengumumkan beberapa lagi wakil rakyat BN akan melompat dan beliau sendiri akan bertanding dalam pilihanraya dalam masa terdekat ini."
Selain menuduh polis telah diperalatkan untuk berbuat demikian sewaktu menangkapnya "secara keras" dan "di luar batas kemanusiaan", ahli parlimen Kubang Kerian juga berkata siasatan itu satu helah BN menghalang Anwar bertanding dalam satu pilihanraya kecil.
"BN hanya mencari helah supaya Anwar tidak dapat bertanding dan menggunakan isu liwat ini untuk menahan Anwar, sekali gus menyekat gerakan pembaharuan politiknya. Ini adalah satu pendekatan yang kotor dan tidak bermaruah, bahkan sama sekali menyalahi semangat demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?