KOTA BAHARU, 22 Julai (Bernama) -- Program Karnival Halal akan dijadikan program dalam kalendar acara kerajaan negeri Kelantan, kata Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK), Ab Aziz Ab Rahman.
Beliau berkata karnival itu akan diadakan secara besar-besaran mulai esok hingga Selasa depan di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.
Beliau berkata ia diadakan sempena Tahun Melawat Kelantan yang sedang berlangsung dan akan turut disertai peserta dari Singapura.
"Ia bagi memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang barangan halal termasuk dari aspek pemakanan, pemakaian dan dalam berurus niaga.
"Kita mahu masyarakat Islam dan bukan Islam juga tahu tentang perkembangan industri halal sama ada di peringkat tempatan mahupun global selain memberi kefahaman tentang kepentingan pensijilan halal kepada peniaga dan pengguna di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.
Ab Aziz berkata sebanyak 95 pengusaha produk halal akan mengambil bahagian dalam karnival tersebut yang dijangka dilawati kira-kira 100,000 orang pengunjung.
Program sampingan seperti penjualan produk halal, forum, persembahan nasyid, pertandingan sukaneka kanak-kanak, persembahan wayang kulit, pertunjukan kereta dan kapal terbang akan turut diadakan.
-BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?