Ni saje nak berkongsi komen, pandangan & pendapat rakan-rakan selepas menonton siaran langsung debat Anwar & Shabery malam tadi...
SMS dari Ramli - Best..
SMS dari Nasta Alviks - Dsai ptt ckp turunkn petrol sm b4 election o lbh rndh.btol?da kalah bab hga.isk
SMS dari Mat Rock Ewan - Hwa.. Hwa.. Hwa.. shabery chik dimalukan secara sinis. Mana x bbuih mulut... Sibuk nak serang peribadi org! Bukannya nak perjelas kemelut minyak. Ha.. Ha.. Menteri penerangan hati x terang
SMS dari Beranang Wan Zamzahidi - Terkedu shabery kena jawapan anwar. Balik balik shabery ckp pasal nak mintak lebih dari petronas padahal kita ckp pasal tak nak membazir duit yg petronas dah bagi kat kerajaan
SMS dari J**** - J**** nmpk shebiri bnyk lari.. Inilah masalah bila berdbt tanpa fakta..bg j****, segala hujah she biri2, lbh kpd serangan peribadi.. cuma j**** harap kan, golongan totok umno n bn sdr..
email dari umar faruqi - Salam....... ....Erm baru tgk debat antara anwar ngan sabery... tahniah kepada keduanya. Bukan nak komen apa sangat cuma tak puas hati dengan jawaban Sabery tentang persoalan yang di utarakan oleh wakil anwar Saudara Zulkifli Sulong tentang kemana menghilangnya wang kerajaan yang kononnya hasil dari penjimatan adalah untuk kepentingan pengangkutan awam.... Sedara sabery melencong tidak menyentoh sedikitpun adois.... Sedih. Duk usik anwar ngan isu lama jerrrrrrrr.Apapun sekali lagi tahniah, Permulaan yang amat baik sekurangnya debat terbuka seperti ini akan membuka pemikiran rakyat kesluruhan.. .Terasa cam menonton debat antara Presiden Amerika dengan pembangkang di sana... Alangkah moleknya kalau selalu di adakan seperti ini. Takde lah demontrasi sana sini. huhu...Apa komen sahabat????
email dari malaysia news - bagus juga, walaupun (spt yg dijangka) shabery mengambil langkah serangan peribadi, tapi anwar dgn bijak telah mengenepikan segala emosi dlm dan mengambil langkah utk tidak menjawab balik serangan peribadi, perbuatan ini dipuji demi menjaga keharmonian dan matlamat debat itu, kalaulah mahu dijawab serangan peribadi, pasti shabery akan tunggang langgang kerna anwar bukan calang pemidato, juga debat akan lari dari topik.namun ini adalah langkah baik dan harus diteruskan dari semasa ke semasa, bukan hanya bagi meraih popularity waktu BN sedang mengalami kemerosotan .
email dari xstream - Salam,fuhh debat terbaik pasal turun minyak dari DSAI, Shabery pihak kerajaan terbukti tidak mahu dengar apa2 alasan dan cadangan bernas DSAI. Hujah2 DSAI mantap dan menjurus kepada bagaimana harga minyak dapat dikurangkan tanpa meminta menggunakan duit Petronas dan cadangan turun 50 sen kepada RM2.20 adalah logik dan mampu dilaksanakan sebagai pilihan permulaan sekiranya PR memerintah dan Anwar mengumumkan untuk bertanding dalam masa terdekat. Hujah shabery banyak yang membantah hujahnya sendiri dan banyak kepada serangan peribadi kepada DSAI. Hujah shabery tidak menjawab dan menyangkal logikal rancangan DSAI yang pratikal tetapi lebih berhujah kepada habisnya minyak dan tingginya inflasi negara lain walaupun harga minyak rendah. Anwar membalas dengan bersahaja gayanya dengan memberikan formula -- minyak rendah inflasi tinggi, minyak naik inflasi lagilah melampau naik sambil memberikan maklumat terkini kajian berkenaan inflasi dan menyatakan unjuran inflasi kerajaan tidak tepat dengan keadaan semasa, sambil berseloroh menyuruh shabery membeli ikan dan sayu dipasar. Hujah shabery yang memberitahu beras kita lebih murah dari thailand begitu menggelikan hati, orang citer minyak dier citer beras. Panel shabery pun pelik kerana cuba mengalihkan perhatian berkenaan IP bebas yang dikatakannya tidak berkaitan dengan minyak tetapi anwar membalas ia ada kaitan dengan gas dan gas ada kaitan dengan minyak, sungguh memalukan. Secara ringkas debat tadi 1 DSAI dan 0 Shabery. Shabery letak jawatan!!!! ringkas dari saya.Wassalam
email dari fuzzy 1 - bukan setakat Shabery jer kena letak jawatan .. tu wakil dia org kuat universiti tu yang jadi wakil dia pun patut letak jawatan .. kelulusan dan jawatan jer tinggi tapi bodoh........bagi soalan entah apa2.....
email dari futra - Tahniah Shabery !!! Berjaya mewakili dan menunjukan kebodohannya dan kabinet BN. UMNO bodoh.....
email dari Mohd Fadzil Hashim - Kepada Rakan Alam Maya!
b) Soalan Dr Nordin Kardin bukan berbentuk soalan, lebih kepada beliau hendak menjadi moderator dan tidak langsung bertanya soalan.
c) Soalan Saudara Zulkifli Sulong langsung tidak dijawab oleh Shabery (mana menghilangnya wang kerajaan yang kononnya hasil dari penjimatan adalah untuk kepentingan pengangkutan awam) dan persolan wang yang dijimatkan kononnya untuk memperbaiki sistem pengangkutan sampai kini tidak habis dibelanjakan.
d) Saudara Anwar telah menyatakan dengan jelas formula untuk mengurangkan harga minyak malah amat terbuka sekiranya kerajaan benar-benar ikhlas menerima cadangan beliau dan pakatan rakyat. Kurangkan level IPP saving 3b dan ambil 2b dari dividen khas Petronas. DSAI langsung tidak mengatakan bahawa beliau mahu menggunakan wang petronas yang lain.
e) Masa terlalu pendek namun ianya sebenarnya harus dapat membuka minda rakyat siapa yang benar-benar ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan siapa yang hanya tahu menyusahkan rakyat.
email dari abdul_fatah Abdullah - Ternyata Anuar menang debat. Sabri patut letak jawatan (kalau dia anak lelaki).Tapi jangan lupa Sabri menang serangan peribadi yang kono dan tak berasas.
Itulah sikit sebanyak komen dari rakan-rakan yang sempat saya ambil untuk kita kongsi bersama...kesimpulannya - kredit penuh untuk DSAI & kredit penuh kita ambik dari Shabery sebab gagal...sekarang kita tunggu mamat ni letak jawatan...
Esok jawatan menteri penerangan kosong...sesiapa yang berminat untuk mengisi jawatan tu...boleh hantar resume direct ke rumah TPM Najib...sekian
Seperti yg kita jangka ...Shabery menggunakan taktik murahan apabila menyerang peribadi DSAI . Mungkin dia lupa satu ketika dulu dia ada kolum dalam Harakah ...cepatnya Melayu lupa . Kalau la Pak Lah yg berdebat dgn DSAi , dah tentu dimalukan secara live . Macamana nak berdebat kalau syik tertidur ?
ReplyDeleteSeperti yg kita jangka ...Shabery menggunakan taktik murahan apabila menyerang peribadi DSAI . Mungkin dia lupa satu ketika dulu dia ada kolum dalam Harakah ...cepatnya Melayu lupa . Kalau la Pak Lah yg berdebat dgn DSAi , dah tentu dimalukan secara live . Macamana nak berdebat kalau syik tertidur ?
ReplyDelete