KUALA LUMPUR: Kutipan tol Gunung Raya di Langkawi dihapuskan mulai Jumaat ini (1 Ogos), Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed mengumumkan hari ini.
Keputusan itu dibuat sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan ketika ini, katanya.
Tol yang beroperasi sejak 1993 itu mengenakan caj RM0.50 kepada setiap kenderaan ringan yang melaluinya. “Di bawah Akta Tol, Jalan dan Jambatan 1995, keputusan pembatalan kutipan tol Gunung Raya di Langkawi berkuatkuasa 1 Ogos ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca-kabinet kementerian itu di sini. Mohd Zin juga berkata keputusan kajian menyeluruh tentang terma perjanjian sedia ada dengan syarikat konsesi tol bagi mengurangkan atau memansuhkan kadar tol di seluruh negara akan siap dalam tempoh sebulan lagi. “Semua data telah dikumpulkan dan kita (kementerian) sedang merumuskan perkara ini, mungkin dalam masa empat minggu lagi akan diselesaikan dan saya akan kemukakan kepada kabinet untuk dimuktamadkan keputusannya,” katanya.
Mohd Zin juga mengumumkan semua kenderaan berat tidak dibenarkan menggunakan Jambatan Pulau Pinang dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi dan dari pukul 5 petang hingga 7 malam setiap hari berkuatkuasa 15 Ogos ini. Keputusan itu dibuat bagi mengurangkan kesesakan di jambatan itu berikutan kerja naik taraf yang dijangka selesai pada September tahun depan, katanya.
“Sesudah kerja naik taraf ini yang bakal secara optimanya mampu untuk menampung trafik pada kadar hampir 150,000 kenderaan selesai sepenuhnya pada September 2009, kementerian akan membatalkan larangan itu,” katanya.
“Pengusaha yang menggunakan kenderaan berat bagi menghantar barang-barang keperluan penting boleh membuat rayuan kepada Pengarah Lebuh Raya Wilayah Utara jika ada keperluan untuk mendapat pengecualian,” katanya.
-BH
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?