Monday, July 21, 2008

Muzakarah : Pimpinan PAS Dijerat UMNO

Assalamu'alaikum...

Sudah terang lagi bersuluh.apa rasionalnya diadakan muzakarah antara PAS & UMNO?terus-terang aku cakap dari awal lagi memang aku cukup-cukup tak setuju diadakan muzakarah antara PAS & UMNO.

Dalam 1 artikel yang disiarkan di TKO tentang temuramah TGHH dengan akhbar lidah rasmi PAS Harakah aku ada tinggalkan 1 komen aku tentang kemungkinan muzakarah tu...komen aku - "aku syorkan TGHH isytihar keluar PAS & masuk UMNO, kita tengok berapa ramai yang nak ikut & aku nak tengok macam mana TGHH nak PAS kan UMNO.muktamar PAS bulan depan,goodbye TGHH, TGHH pi la masuk UMNO kalau TGHH rasa perjuangan bangsa tu penting sangat kat TGHH".

Agak menyeluruh kutukan & kecaman yang aku terima lepas tu, bukan dalam komen aku je...malah dalam email aku pun penuh dengan sumpah seranah dari rakan-rakan dalam PAS atas komen pedas aku tu...tapi tak pe...aku terima semua tu tapi pendirian aku tetap tak berubah.

Lebih baik keluar dari PAS & masuk UMNO kalau dah rasa perjuangan "bangsa" mendahului agama!yang tu memang aku jelas dalam mana-mana perbincangan aku & rata-rata rakan & musuh yang kenal aku memang cuku-cukup jelas dengan pegangan aku yang tu.

Dalam artikel ni sekali lagi aku nak jelas pegangan aku & alasan-alasan yang buat aku tegas dengan kenyataan aku tak kira siapa dari dalam PAS kalau rasa nak bercakap tentang "kepentingan bangsa" DENGAN SEGALA HORMATNYA DIMINTA KELUAR BULATAN & MASUK BARISAN!walaupun aku cuma ahli biasa, bukan ulama, buka ustaz & aku jugak bukan ahli agama tapi aku fikir antara agama & bangsa aku yakin 100% agama lebih penting.APA ADA PADA BANGSA?

Aku kurang ajar pada ulama?yang ni memang aku akui dalam menegur pimpinan atasan memang aku agak kurang ajar dalam bab ni.kalau isu lain mungkin aku boleh bertolak ansur tapi bila bercakap soal agama bagi aku ini cara yang paling lembut aku boleh buat.

Untuk pimpinan atasan...kenapa perlu muzakarah dengan UMNO?

Tak nampak kah kita dah berapa lama UMNO memerintah Malaysia & dimana kedudukan agama Islam dalam UMNO & Malaysia khasnya?point aku tak banyak tapi aku nak persoalkan apa rasionalnya muzakarah dengan parti yang terang-terangan menolak Islam?

Kalau yang menolak Islam tu adalah kalangan yang bukan Islam, boleh kita maafkan kerana kurangnya pemahaman tentang Islam...ini tak...dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam, dibesarkan oleh keluarga yang menganut agama Islam & menjalankan suruhan Islam, mendapat pendidikan Islam, beragama Islam tetapi menolak Islam.muzakarah apa lagi?kalau muzaKARAT mungkin lojik bagi aku.

Keikhlasan

Aku tak nampak walau secumit keikhlasan dari UMNO dalam soal muzakarah ni.lojik apa yang berlaku...hari ni cerita pasal muzakarah, esok fitnah DSAI, hari ni cerita pasal muzakarah, esok belit rakyat...hari ni cerita pasal muzakarah, esok burukkan sesama Islam...muzakarah atau muzaKARAT?

Nak tanya pimpinan yang terlibat dalam muzakarah...apa jadi dengan mangsa Memali? ada perkembangan tentang pembelaan mereka? apa jadi dengan mufti-mufti yang dipecat oleh UMNO dulu? ada pernah depa mintak maaf? ada pernah UMNO mintak maaf bila ada pimpinannya menghina Nabi? apa jadi dengan tahanan ISA? apa jadi dengan pelaksanaan hudud di Kelantan & Terengganu dulu? siapa yang menghalangnya?

Cukup la yang tu sebagai contoh...fikirla balik apa rasionalnya muzakarah...

Bagi pihak PAS pulak...aku tak tau apa motif diadakan muzakarah ni.kenapa disembunyikan dari awal?kalau ikut dari info yang aku dapat, kebanyakan pinpinan PAS Terengganu je yang tau pasal muzakarah ni manakala yang lain-lain tak diberitahu?apa tujuan sebenarnya? yang paling aku tak dapat terima ialah bila TGNA dibelakangkan dalam soal ni.

Apa matlamat sebenar pimpinan yang mengepalai muzakarah ni?terus terang aku cakap melalui pemerhatian aku, muzakarah ni bukan untuk masa depan parti tapi 100% kepentingan peribadi, cita-cita peribadi. tak betul cakap aku?

Kalau betul untuk kepentingan parti, kenapa nak disembunyikan hal sebesar ni? kenapa membelakangkan mursyidul am? kenapa penafian demi penafian dibuat kononnya tak berlaku siap ugut lagi...kalau ada yang buat perjumpaan akan dibuang dari parti...SEKARANG AKU MINTAK PENJELASAN DARI UST.NASA!

Sekarang apa dah jadi dengan PAS? mana pandangan ahli-ahli PAS?kenapa semuanya dipinggirkan? tak salah kalau aku cakap pimpinan PAS & UMNO sekarang LANGSUNG TAK DE BEZA DENGAN PIMPINAN UMNO.

Tengok pada situasi tu...siapa yang muzakarah siapa?siapa yang pengaruh siapa?UMNO dengan agenda "melayu"nya makin kukuh bila TGHH pun sama naik bercakap soal "kepentingan melayu"...PAS dengan agenda "Islam"nya semakin layu bila TGHH sendiri bercakap soal "kepentingan bangsa" padahal bangsa itu letaknya tidak dimana-mana pun dalam Islam.

Yang jelas sekarang TGHH dah bawa PAS masuk perangkap UMNO.UMNO dilihat sebagai jaguh sebab mampu memporak perandakan PAS melalui bukan siapa-siapa...tapi PIMPINAN TERTINGGI.

Tahniah TGHH...anda berjaya membawa perubahan dalam PAS.disaat PKR yang baru ditubuhkan tak sampai 10 tahun semakin kuat walau teruk diasak dengan macam-macam fitnah, PAS mengepalai perpecahan didalangi UMNO & pimpinan PAS sendiri.

Pemimpin komponen Pakatan sibuk menyelesaikan masalah datang pulak orang lama bawak masalah...pada siapa lagi rakyat nak harap?

TGHH jangan lupa...bangsa-bangsa lain yang mengundi Pakatan Rakyat tempohari bukan semata-mata kerana UMNO lemah...hakikatnya mereka kagum dengan mesej Islam yang PAS bawa tapi hari ini parti & pimpinan yang mereka kagumi MENGKHIANATI keikhlasan mereka-mereka yang menyokong perjuangan PAS.

Sebelum ni aku bangga mengenakan pakaian yang tertera lambang PAS bila kemana-mana, tapi hari ni aku segan nak mengenakannya...manakan tidak?semalaman aku tak henti-henti membalas sms & email dari rakan-rakan bukan Islam bertanya apa yang berlaku & aku sendiri pun tak tau nak jawab apa...

Saat ni apa yang pasti ialah, Pak Lah & puak-puak UMNO tengah berjoget-joget meraikan kejayaannya menjerat PIMPINAN TERTINGGI PAS & pimpinan PAS pulak aku yakin tak berapa berani nak buka email & balas SMS sebab "ana dah masuk jerat".

Ruginya rasa...sepatutnya sekarang ni seluruh pimpinan Pakatan Rakyat tengah sibuk mengukuhkan Pakatan & merangka agenda peralihan kuasa tapi apa yang berlaku hari ni ialah sebaliknya...terpaksa merugikan banyak masa untuk perbetulkan kerosakan yang dibuat oleh individu yang nak jadi "jaguh"...

1 comment:

  1. Barangkali saya tidak segarang anda tetapi saya tetap sokong anda! Walau bagaimanapun janganlah tinggalkan PAS kerana PAS bukan milik pemimpin PAS.

    Mengikut apa kata ulamak dan peribadi disebalik ulamak bagi saya adalah berbeza. Kita menghormati dan patuh kepada ulamak tetapi tidak semestinya mengikut telunjuk peribadi di sebalik ulamak itu. Ulamak itu hakiki sedangkan peribadi ulamak itu adalah subjek. Tidak semestinya menyokong itu baik kerana da kalanya sokong membawa rebah.

    Saya mempunyai sedikit pengalaman berceramah kepada pemimpin-pemimpin PAS dalam beberap majlis ilmu. Jadi saya pernah melihat senario tanah pamah dari puncak bukit. Kesimpulan awal yaang saya nampak dari yang saya lihat ialah: ia tidak seindah khabar. Saya terkejut tetapi masih boleh memujuk hati dengan bisikan: pemimpin UMNO lagi teruk!

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?