KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) - Banyak individu dan kumpulan yang menyalah guna nama Tuhan dan agama demi untuk menghalalkan kekejaman dan keganasan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Perdana Menteri berkata perbuatan melampau seumpama itu telah banyak kali berlaku dalam sejarah yang pada setiap kali kejadian itu, ajaran suci agama diseleweng dan dimanipulasi untuk kepentingan agama, tujuan politik dan keuntungan peribadi.
"Dalam zaman kita, kita telah menyaksikan banyak ketidakadilan dilakukan di atas nama agama, termasuk penaklukan wilayah orang lain dan seterusnya diikuti dengan perampasan.
"Ini sudah tentu merupakan satu penghinaan kepada maruah manusia dan satu kecacatan terhadap kebebasan hak asasi manusia," kata perdana menteri ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Mengenai Agama Dalam Pencarian Kedamaian dan Keadilan Sejagat, di sini hari ini.
Sementara fenomena ekstrem agama menekan kebanyakan orang, adalah disarankan supaya para ilmuan dan cerdik pandai agama memainkan peranan penting dalam memerangi kejahilan dan penyelewengan agama, kata beliau.
Abdullah berkata ia tidak memadai bagi para cerdik pandai untuk semata-mata menghasilkan penyelidikan dan kemudiannya membentangkannya semasa persidangan atau memencilkan diri di menara gading.
Sebaliknya, perdana menteri berkata mereka perlu bersedia untuk mendidik masyarakat berkaitan isu-isu besar yang sedang dihadapi manusia.
"Para pemikir dan penyelidik kita mesti bersedia untuk memainkan peranan untuk memberi pemahaman meluas terhadap masyarakat mengenai agama serta berperanan dalam menggalakkan keadilan dan keamanan," katanya.
Sambil menggariskan empat langkah penting untuk menangani masalah berkaitan, Abdullah berkata kurikulum agama di sekolah dan universiti mesti diberi penelitian lebih mendalam, yang perlu menekankan nilai dan prinsip yang sedia terkandung dalam ajaran agama masing-masing.
"Pendidikan agama kita perlu meyakinkan kita bahawa kemuliaan dan integriti semua manusia adalah perlu dihormati. Agama perlu menyemai pandangan sebenar universal dan inklusif, bukan mentaliti yang sempit, eksklusif dan parokial," kata beliau.
"Saya percaya apabila kita berusaha untuk mentadbir institusi kita berdasarkan nilai positif yang terkandung dalam pendekatan Islam Hadhari, kita sebenarnya boleh membuang prejudis yang negatif terhadap agama dan sebaliknya dapat meningkatkan keadilan dan keamanan," katanya.
Abdullah juga menekankan kepada kepentingan untuk mengamalkan konsep "jalan tengah" di mana masyarakat menikmati kehidupan secara sederhana.
Menerangkan bahawa konsep tersebut konsisten dengan langkah yang digunakan untuk membangunkan negara ini dengan memastikan hasil pembangunan dinikmati secara bersama, beliau berkata konsep berkenaan boleh juga digunakan dalam menangani cabaran semasa seperti krisis alam sekitar dan makanan yang sedang dihadapi.
"Kepercayaan dan agama mengajar kita untuk menjalin hubungan yang harmoni dengan alam sekitar dan sudah tentu jika kita menuruti pendekatan ini dalam menguruskan alam sekitar, maka kita tidak akan menghadapi masalah seperti pemanasan global dan lain-lain isu alam sekitar," kata perdana menteri.
Persidangan dua hari itu dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) dan Pusat Kajian Polisi dan Pengajian Antarabangsa (CenPRIS) yang akan turut membincangkan beberapa kertas kerja.
TP - Pak Lah ni cakap memang pandai tapi bab praktikal...hanchorrr...Pak Lah tak nak cerita ke dekat delegasi semua tentang keistimewaan undang-undang "Syaitan" ISA yang digunapakai oleh KERAjaan Malaysia sekarang?tentang larangan perhimpunan aman, cara-cara memfitnah ala HadHari, cara-cara nak sembunyikan bukti kes ala HadHari...semua tu Pak Lah patut cerita pada semua delegasi-delegasi sebab yang tu semua ada dalam ajaran agama suci "HadHari"...kezaliman polis Malaysia pun kalau boleh Pak Lah cerita la jugak...
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?