Kenyataan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan dengan wujudnya sebilangan pemimpin tertinggi PAS berjumpa dengan UMNO telah melahirkan pelbagai polimik politik dikalangan rakyat malaysia yang sudah benci kepada UMNO.
Apakan daya, tindakan pemimpin tertinggi tersebut semuanya dalam keadaan yang terdesak, iaitu apabila salah seorang dari pimpinan PAS di peringkat negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat yang “gila” nak jadi Menteri Besar, telah pergi berjumpa dengan “bekas Menteri Besar BN” yang kononnya menawarkan jawatan Menteri Besar kepada pemimpin PAS tersebut apabila PAS dan UMNO berjaya bergabung.
Didakwa lagi, kononnya pemimpin itu berjanji dengan “bekas Menteri Besar” itu untuk memujuk YB-YB PAS yang menang untuk sama-sama terlibat dengan BN dalam menubuhkan kerajaan.
Setelah disiasat, didapati tindakan pemimpin itu tidak merujuk kepada Parti, dan sememangnya pemimpin itu suka buat kerja ikut kepala dia sendiri….
Masa pembahagian kerusi pada pilihanraya baru-baru ini pun, keadaan yang sama juga berlaku. Ikut kepala dia jer untuk bertanding dimana. Ikut kepala dia jer nak letak calon-calon tu di mana. Bagaikan PAS itu macam “mak bapak” dia yang punya.
GILA JADI MENTERI
Apabila diselidiki, kekacauan ini berlaku, semuanya dari pemimpin-pemimpin yang mempunyai cita-cita nak jadi Pak Menteri. Dengan sebab itulah, tidak hairan, selepas pilihanraya ke 12, iaitu selepas BN mendapat kekalahan teruk, maka kedengaran suara-suara dari kalangan YB-YB PAS, sama ada di peringkat Parlimen atau diperingkat DUN yang menanam cita-cita nak jadi Menteri atau Timbalan menteri. Tidak kira baru jadi YB sepenggal, atau pun sudah pernah memegang jawatan YB di pilihanraya yang lalu.
Kegalakan ini, menyebabkan ada sebilangan mereka yang bertindak ikut kepala mereka. Berjumpa dengan pimpinan UMNO terlebih dahulu, kemudian baru maklumkan kepada Parti.
Kalau aku jadi Mursyidul Am, dah lama aku adakan mesyuarat tergempar supaya pecat sahaja pemimpin-pemimpin bangang tahap poyo ni. Masakan tidak, dengan sebab tindakannya itu, kekacauan ini merebak sehingga pemimpin PAS yang tidak bersalah juga terpaksa terlibat.
PENUTUP
Kalau hendak difikirkan sangat, hati kecil ini merasa benci dengan politik ala jahiliyyah ini. Politik yang bercita-cita memegang jawatan, tetapi dalam masa yang sama, mentadbir bumi berdasarkan agama ini tidak ditunaikan.
Akhirnya, kedengaranlah bunyi-bunyi gabungan antara PAS dengan UMNO. Sedangkan yang bertindak itu bukanlah dari pimpinan PAS yang ikhlas, tetapi dari pimpinan PAS yang bangang, mempunyai agenda peribadi.
Padaku, PAS belum menang lagi dalam pilihanraya ke 12 ini. Kalau PAS sudah menang, sudah pasti sekarang sudah ada usaha-usaha hendak menggubal beberapa dasar kerajaan di peringkat negeri agar bersesuaian dengan Islam.
Hakikatnya adalah sebaliknya, yang dengan ini, jelas kepada kita bahawa PAS belum menang, tetapi PAS hanya berjaya mendapat keluasan dalam ruang menyampaikan dakwah.
Oleh itu, tindakan PAS sekarang bukanlah “berkhayal” seperti sebilangan pemimpin PAS yang bangang, iaitu bercita-cita nak jadi Pak Menteri, tetapi perlu diperkuatkan usaha dan tenaga dalam menyampaikan mesej Islam kepada rakyat malaysia.
Sekian
Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://al-bakistani.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?