Jul 12, 08 5:24pm Kesemua anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat dinasihatkan supaya tidak membawa tetamu mereka ke kawasan Parlimen seperti yang dibenarkan sebelum ini pada persidangan Dewan Rakyat Isnin ini.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata langkah keselamatan itu terpaksa diambil selepas beliau mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan oleh pihak pembangkang sama ada di dalam ataupun di luar kawasan Parlimen, Isnin ini.
Ia ekoran tindakan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail mengetuai 14 ahli Parlimen pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang akan memutuskan sama ada menerima atau menolak usul itu, Isnin ini.
"Saya difahamkan, sama ada usul ini akan diterima ataupun ditolak, saya telah mendapat maklumat satu demonstrasi besar-besaran akan dibuat sama ada di dalam atau di luar kawasan Parlimen, Isnin ini," katanya.
Nazri berkata pihak polis akan membuat kawalan yang ketat dan hanya akan membenarkan ahli Parlimen sahaja masuk ke dalam kawasan Parlimen, demikian menurut laporan Bernama.
Mohamed Nazri berkata, "dia nak boikot, boikotlah... itu dia punya hal lah tapi saya nak bagi nasihat kepada mereka supaya jangan membawa lima orang tetamu itu kerana polis akan membuat kawalan ketat,"
TP - Siapa la 5 orang tetamu yang Mat Nazri ni maksudkan tu & sape pulak nak berdemo nih?? Mat Nazri ni dah kene sawan khinzir ke??? maklumat kejadah yang Mat Nazri ni dapat nih? Sah UMNO dah kene sawan...mampuih la cepat-cepat...
Baca seterusnya di [ sini ]
as,kum aku x faham ini yang dinamakan orang islam.kau nak samakan manusia dengan khinzir apa hal pulak.kau nie munafik dan bodoh.amalan kau orang dah cukup ker.jgnlah nak pecah belahkan orang islam.kau tahu x org kafir gembira tengok orang islam berpecah belah.aku memang x sokong mana mana parti tapi ingatlah seksa diakhiarat nanti pasti hukuman allah s.w.t itu adil terutama pada org yang tulis blog nie yang memecah belahkan umat manusia.
ReplyDelete