Tuesday, July 15, 2008

PAS cabar Syed Hamid buktikan Pakatan Rakyat rancang perhimpunan

Intan Abdullah
Tue | Jul 15, 08 | 6:36:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mencabar Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar agar mengemukakan bukti yang kukuh yang mengaitkan wujudnya perancangan awal Pakatan Rakyat bagi mengadakan perhimpunan bagi menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin lalu.

"Saya cabar beliau membuktikan bahawa wujud persepakatan awal tersebut, tetapi janganlah menggunakan sumber bertaraf maklumat tepi longkang dari belakang Jalan Raja Laut," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurutnya, jika gagal berbuat demikian lebih baik Syed Hamid meletakkan jawatannya sebagai salah seorang menteri kabinet.

Beliau turut mempertikaikan kesahihan maklumat dan sumber yang diperolehi sehingga menghasilkan tindakan yang menyebabkan rakyat menderita kesusahan.

"Apa asas maklumat tersebut dan bagaimana pihak polis begitu lemah sehingga dapat menerima maklumat yang serupa itu?

"Dengan itu, tidak hairanlah jika kita lihat sehingga kini pihak polis masih tidak dapat menangkap pembunuh adik Nurin Jazlin Jazimin dan gagal mengesan adik Sharlinie - ini suatu kelemahan yang ketara sistem keselamatan negara," tegasnya.

Menafikan penglibatan PAS dengan perhimpunan yang diuar-uarkan di bangunan parlimen semalam, ahli parlimen Pokok Sena itu juga percaya pihak yang terlibat mempunyai agenda tersembunyi, yang sengaja ditimbulkan tanpa suatu tujuan yang jelas.

[ klik ] untuk artikel penuh

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?