Wednesday, July 23, 2008

PAS Diajar Sunnah “Al Amanah” oleh Seorang Sekularis Bernama Karim Raslan

Dari blog : Malaysia Waves

Saya mendapat banyak email dan komen berkenaan dengan pendedahan yang saya muatkan dalam blog saya.

Ramai yang marah, terutamanya Saudara Roslan SMS di blog beliau. Beliau menyatakan kandungan artikel saya muat itu banyak yang fitnah dan “half truth”. Dengan kata lain ianya tidak lebih muatan khabar-khabar angin dari sumber yang tidak menentu.

Suka saya ingatkan para pembaca sekelian, sebelum ini berita pertemuan PAS-UMNO dinafikan sekeras-kerasnya oleh pimpinan PAS. Kita hanya mendengar cerita tersebut dari sumber khabar-khabar angin.

Tetapi hari ini, saat ini, minit ini, kita dapati khabar angin tersebut menjadi kenyataan yang tidak boleh dinafikan lagi. Bak kata pepatah, bangkai gajah mana mungkin ditutup dgn daun nyiru.

Jadi saudara Roslan SMS, tidak usah gusar. Maklumat dlm blog ini saya tapis dahulu dan pastikan kesahihannya. Dan sememangnya setiap ahli PAS mempunyai hak yang hakiki untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh pemimpin2 mereka di atas nama parti.

Juga, nampaknya tulisan yang saya muatkan dalam blog ini lebih diterima secara positif dari ditolak. Ini kerana semasa tulisan ini dimuat turun, PAS sedang bergelut dengan kemarahan ahli2 dan rakyat kerana penafian bertemu dengan UMNO dahulu didedahkan sebagai satu penipuan. Saya agak kasar di sini, tapi kekasaran ini perlu.

Oleh kerana itulah, penafian yang dibuat oleh Roslan SMS tidak berapa laku. Orang terima pun atas dasar nak jaga hati. Walaubagaimanapun, saya memuji usaha Roslan tetapi apakan daya, bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan nyiru.

Saya juga mengesahkan sumber2 tersebut. Saya juga“double-check” dan insya-Allah ianya “sound”. Cuma saya tak boleh dedah sumber tersebut sahaja. Saya juga mengesahkan sumber2 yang digunakan oleh penulis jemputan saya.

PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS WAJIB TELUS

Saya tegaskan disini tugas blog ini tidak lain hanya melaporkan tindak tanduk para pemimpin yang telah diberikan amanah memimpin mereka. Ahli ada hak untuk mengetahui. Saya tak melaporkan apa yang dilakukan oleh mereka di dalam domain pribadi. Ini semua perlakuan yang dilakukan di atas kapasiti mereka sebagai pemimpin-pemimpin PAS.

Saya juga mendapat tahu yang mereka di dalam UMNO sedang bergelak-gelak sesama sendiri. Mereka sendiri tidak menjadikan kemasukan PAS ke BN itu satu keutamaan pun. Mereka tahu harapan untuk itu amat sukar. Kalau umpan mereka sangkut dan PAS masuk BN, itu semua hanya bonus semata-mata.

Tetapi matlamat yang lebih efektif adalah mereka berjaya memecahkan perpaduan di dalam PAS. Juga, PAS akan dilihat sebagai penipu dan pembohong di dalam Pakatan Rakyat. Itu sudah cukup untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Kepercayaan sesama sendiri sudah hilang. Saya Nampak Lim Kit Siang lebih menampakkan akhlak islami, kerana apa dia tak setuju dia cakap terus terang dan tidak berselindung.

Saya juga berharap Saudara Roslan janganlah mempersoalkan ke"PAS" an saya. cukup dgn saya berkata arwah bapa saya adalah salah seorang perwakilan yang menentang usul Dato Asri untuk masuk Perikatan/Barisan Nasional di dalam Muktamar Khas pada tahun 1969.Akhirnya arwah bapa saya terbukti benar.

Janganlah juga nak persoalkan kredibiliti Bakaq/Penarik Beca. Kalau banding dengan Roslan, jauhhhhh lebih berpengalaman dalam politik PAS ni banding dgn Roslan SMS.

Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, baik memancing kat depan Masjid Jamek aje.

JANGAN PERALATKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN PRIBADI

Juga, alasan “Fraksi UMNO” dalam PAS kononya kemasukan PAS ini adalah penting untuk menjaga kepentingan Islam juga alasan yang dangkal dan tidak berpijak di bumi nyata.

Hakikatnya, Pak Lah lebih suka mendengar cakap2 Nori dan Zainah di dalam perkara berkaitan syariah dan perlaksanaan Islam di Malaysia. Lihatlah betapa hanya kerana dorongan Nori, Pak Lah telah memberhentikan perlaksanaan Undang Undang Keluarga Islam 2005.

Malahan bukan sekali Zainah Anwar berkata beliau lagi takut Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri berbanding dengan Pak Lah. Zainah melihat di bawah Anwar, hokum Shariah akan terlaksana di Malaysia.


Persoalan sekarang yang perlu dijawab oleh “Fraksi UMNO” di dalam PAS, apa akan berlaku sekiranya selepas PAS menyertai BN, UMNO tidak mengizinkan perlaksanaan syariah?

Apa yang PAS boleh lakukan di kala itu? Sekiranya PAS berundur dari BN, PAS sudah tidak lagi disokong oleh rakyat Malaysia dan yang bukan Islam? Sekiranya PAS kekal dalam BN, PAS tidak lebih menjadi alat kepada golongan sekular dan korup. Adakah ini yang dikehendaki oleh PAS?

Akhirnya PAS akan jadi telan mati mak, luah mati bapak. Yang untung hanyalah “fraksi UMNO” dalam PAS yang mendapat laba dan keuntungan dari jasa mereka kepada UMNO. Dan yang paling untung ialah UMNO kerana sistem mereka yang anti Islam, korup dan parochial akan terus berjalan.

MENGAPA UMNO TIDAK MAHU BERBINCANG DENGAN PKR?

Sebenarnya, target sebenar UMNO adalah Anwar dan PKR. Sejurus selepas PRU12 mereka telah menghantar wakil berjumpa dengan Anwar Ibrahim di Bukit Bendera. Perjumpaan dilakukan kononnya untuk perpaduan Melayu dan Perpaduan Islam

Anwar Ibrahim dengan mudah menolak dengan memberikan syarat bahawa perjumpaan itu mesti melibatkan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang serta Lim Kit Siang.

Mudah sahaja syarat Anwar dan sudah cukup untuk memberitahu UMNO bahawa UMNO tidak boleh mempermainkan Anwar.

Begitu setianya Anwar kepada kerjasama ini.

Malahan, saya mendapat tahu, kepercayaan Anwar kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah BULAT 100%. Bagi Anwar, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hampir tafarnya sebagai wali allah dan boleh dipercayai sepenuhnya.

Malahan, Anwar telah memberitahu kepada Tuan Guru senarai MP2 yang akan melompat kepada Pakatan Rakyat.
Saya dapat bayangkan betapa hancurnya hati Anwar Ibrahim. Ku sangka panas hingga ke petang, namun hujan di tengahari.
Tapi saya rasa masih ada harapan untuk membetulkan keadaan dan dengan masa, perkara ini boleh diselesaikan. Insya-Allah.

MUNGKIR JANJI BUKAN AJARAN NABI SAW HATTA DALAM POLITIK

Seharusnya PAS yang menunjukkan contoh tauladan dan akhlak yang mulia dari segi amanah dan janji. Ini juga yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam Perjanjian Madinah, Perjanjian Aqaba, Perjanjian Hudaibiyyah dan banyak lagi.
Di dalam kesemua perjanjian yang dilakukan oleh Nabi SAW, TIADA SATU PUN yang DIMUNGKIRI oleh Nabi SAW. TIADA SATU. Besar ataupun kecil.

Saya menonton filem “The Messenger” dan saya ingat pelakon yang melakonkan watak Khalid Ibnu Walid seperti orang gila datang ke Madinah dan berkata dgn suara tinggi “saya tidak bersalah dlm hal ini”. Begitu tingginya akhlak Nabi pada masa itu, kerana walaupun selepas Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyyah Nabi telah menyerang Mekkah. Dan Nabi SAW dilihat sebagai penakluk yang berakhlak dan tidak dilihat sebagai seorang yang tamak kuasa.

Akibatnya, orang semua masuk Islam walaupun Nabi masuk ke Mekah dengan memakai baju besi. PAS nampaknya tidak mengganggap akhlak Nabi SAW ini sebagai petunjuk.
Malangnya lagi, Karim Raslan lebih mengerti sunnah Nabi SAW ini berbanding dengan “fraksi UMNO” dalam PAS. Karim berkata:
“I hope PAS will resist the temptation. On March 8, Malaysians voted for a two-party system.
They did not vote for a hastily assembled collaboration between PAS and Umno. PAS should be extremely wary of misinterpreting the March 8 results.”

Hinanya maruah PAS sekiranya PAS diajar Sunnah yang dipanggil “Amanah” oleh seorang sekularis bernama Karim Raslan.

Dan berani saya kata dalam hal ini Anwar Ibrahim menunjukkan akhlak Nabi yang lebih tinggi dari “fraksi UMNO” dalam PAS.

Tulang Besi

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?