Pakatan Rakyat patut menimbang secara serius sama ada PAS patut dibenarkan terus menganggotai pakatan pembangkang itu, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
Beliau mempertikaikan beberapa tindakan pemimpin PAS yang menurutnya telah menimbulkan keraguan terhadap kewibawaan parti itu.
"Selepas pilihanraya umum pada 8 Mac lalu, PAS telah mengadakan perbincangan dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan campuran di Selangor," katanya yang menyifatkan tindakan itu berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan mengenainya.
Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS, memerintah di lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Tambahnya, PAS turut mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Umno "atas nama perpaduan Melayu".
"langkah bersifat perkauman oleh PAS itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat," katanya.
Karpal turut menyentuh cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam agar Umno dan PAS dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu.
"Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan dan implikasi yang serius," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan Nasharuddin
Karpal yang juga merupakan peguambela Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat terhadapnya 10 tahun lalu, juga kecewa dengan pemimpin PAS, Nasharuddin Mat Isa berhubung tuduhan terbaru ke atas mantan timbalan perdana menteri itu.
Menurut Nasharuddin orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan liwat yang dihadapi Anwar Ibrahim.
"Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (nasharuddin adalah timbalan presiden).
"Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut berdepan dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat," katanya.
Karpal berkata, rakyat Malaysia telah memberi isyarat yang jelas apabila mereka tidak mengundi mengikut kaum dalam pilihanraya umum Mac lalu.
Katanya, PAS sebaliknya memilih untuk berusaha bagi menyatupadukan semua orang Melayu dan bukannya berusaha bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia.
"PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal.
-malaysiakini
la.lantak la situ nasharuddin nk kata apa pun. tu pendapat peribadi dia. kalau dap professional, patut amek itu sebagai personal opinion, bukan lagi bergaduh. tapi dap pun mcm budak kecik, nk bt mcamana kan.
ReplyDeletetang isu anwar tu, bukan nasharudin kata anwar liwat, tak.dia kata rakyat semakin mempercayai je, itu sahaja. kenapa karpal karam nk bising?diam2 sudah la. kang dapat peluru idup lagi kang, aku tak tau..hahahaha
siddiq,
ReplyDeletememang itu pendapat peribadi dia tapi rakyat akan menilai apa yang dia kata. Dorang nak tengok pr nie makin kukuh. Bila ada statement yang keluar, masing-masing akan saling sokong menyokong. Bukan lah kena jadi yesman macam dalam bn tu.
nik aziz kata bubar umno dan bubar pas tubuh parti baru yang wasilahnya menuju Islam.Kebetulan orang Melayu di Malaysia ni adalah orang Islam jadi nampak macam PAS nak bela melayu pulak. Orang India,Cina,Sikh,Kadazan..asalkan Islam so boleh masuk parti PAS atau parti baru ni.
ReplyDelete