Sunday, July 20, 2008

Pinochet Robert: Tengku Adnan ada misi khas

" Saya teringatkan satu artikel di arkib Laman Marhaen bertarikh 19 Mac 2008. Walau bagaimana pun artikel itu tiada maklumat mungkin sudah lama. Saya sudah menghubungi webmasternya untuk tujuan didedahkan supaya tuan tuan juga boleh kesana. Rupa rupanya penulis Pinochet Robert sudah pun memaklumkan kepada kita semua, tentang konspirasi Liwat II ini. Apa yang tuan tuan baca nanti adalah dari copy/paste saya kedalam format MS Word. Walau bagaimana pun cuba cubalah ke link yg saya berikan utk membaca dalam format asal. Tarikh artikel Rabu 19.03.08

http://www.marhaendaily.net/v1/arkib_mar08.html

Pinochet Robert: Tengku Adnan ada misi khas.


Tengku Adnan tidak tersenarai sebagai ahli kabinet sebab dia ada tugas besar yang perlu dilaksanakan sebagai Setiausaha Agung UMNO.

Dolah Badawi telah menetapkan satu misi khas untuk mengembalikan UMNO ke persada politik perdana setelah UMNO/BN tewas teruk PRU12. Datuk Seri Anwar Ibrahim kena berhati-hati dengan segala tipu muslihat yang akan dilaksanakan oleh Ku Nan dengan kerjasama Datuk Shabery Cheek Menteri Penerangan. Jika tersilap langkah DSAI akan diaibkan sekali lagi seperti apa yang berlaku dalam tahun 1999. Begitu juga dengan pemimpin Barisan Rakyat yang lain. Anda semua sedang diperhatikan. Setiap langkah dan kata-kata akan dirakam dan diputarbelit sebaik mungkin untuk mengkucar-kacirkan gabungan Barisan Rakyat.

Dalam beberapa pertemuan tertutup dengan pemimpin UMNO Putrajaya, Ku Nan mengaku bahawa beliau telah menerima satu misi khas daripada Dr. Mahathir untuk merobah landskap politik UMNO khasnya dan negara amnya. Ia bermula dari tahun 1998 hinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim tersungkur pada tahun 1999 dengan fitnah licik yang diatur oleh Ku Nan dengan konco-konconya.

Pinochet Robert

18.03.2008


-tranungkite

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?