kemaskini 9:03pm
Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama.
"Jadi kita kena minta yang baru," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya petang tadi selepas melancarkan teksi hidrofuel.
Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.
Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.
Lagi pula, kata mantan timbalan perdana menteri itu, DNA beliau telahpun diambil untuk kes tersebut.
Mengulas perkara itu, Abdullah berkata beliau telah bertanyakan pihak berkenaan mengapa mereka memerlukan DNA Anwar yang baru.
Katanya, mereka memberitahu beliau bahawa contoh DNA itu sudah lama dan mereka perlu ambil sekali lagi.
Perdana Menteri berkata Anwar sendiri boleh melihat proses ujian DNA itu bagi mengetahui keputusannya.
Abdullah sekali lagi menafikan bahawa wujud sebarang konspirasi untuk menganiayai Anwar dalam siasatan kes ini.
"Kalau beliau rasa tidak bersalah, mengapa perlu risau dengan DNA yang baru? Yang penting, kalau tidak bersalah, berikanlah DNA itu.
"Saya memberi jaminan, isu ini hendak diselesaikan dengan segera," katanya.
Beliau berkata Malaysia tidak dapat membetulkan semua tanggapan antarabangsa terhadap isu ini yang didakwa mempunyai unsur konspirasi.
"Pada bila-bila masa, saya memberi jaminan siasatan terhadap isu Anwar dibuat secara profesional.
"Saya telah menyatakan perkara siasatan ini kepada isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika isterinya datang jumpa saya," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, peguam Anwar hari ini berkata penasihat PKR enggan menyerahkan sampel DNA kerana bimbang berulang proses pemalsuan bukti sampel itu seperti dalam perbicaraan kes pertamanya kira-kira 10 tahun lepas.
Sivarasa Rasiah, yang juga naib presiden PKR, berkata Anwar pernah mengalami penipuan bukti DNA beliau apabila sampel sebenar dalam jagaan polis forensik telah dibuang secara tidak sah oleh seorang pegawai berpangkat senior asisten komisioner.
"Ketika disoal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, terdedahlah bahawa DNA yang diambil dari sampel darah telah sengaja diletakkan (kemudian) ke atas tilam yang dikenali umum itu (melalui televisyen)," kata Sivarasa.
"Apabila dihadapkan dengan fakta ini, pihak pendakwaan meminda pertuduhan (terhadap Anwar) dan memujuk hakim, (Datuk Seri S) Augustine Paul, agar membuang keseluruhan bukti DNA daripada rekod (keterangan mahkamah), menghalang peguam-peguam Anwar mencabarnya."
Pada 1998, Anwar dituduh menyalahgunakan kuasa apabila cuba mempengaruhi tugas polis dalam siasatan terhadap dakwaan salah laku seksnya.
TP - ni kang kalau aku cakap PM BANGANG kang ada pulak yang terasa hati...kalau aku tak cakap PM BANGANG kang ada pulak yang BANGANGKAN aku pulak.apa la punya malang negara Malaysia ni dapat PM BANGANG yang cuba MEMBANGANGKAN rakyat yang tak BANGANG ni?apa PM BANGANG ni ingat semua rakyat Malaysia ni sama BANGANG macam PM BANGANG & ahli UMNO yang BANGANG & penyokong-penyokong UMNO yang BANGANG tu ke?BANGANG betul la PM BANGANG ni!!!
Khak Ptuih...!!! amik kau DNA aku!!!
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?