KUALA LUMPUR, 28 Julai (SK) - LAPORAN perubatan dari doktor yang memeriksa tubuh Mohd Saiful Bukhari Azlan mengesahkan tiada sebarang kesan yang menunjukkan dia diliwat. Pada 28 Jun lepas Saiful menemui Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi mengadu dia merasa kesan sakit didubur ketika membuang air besar.
Tetapi laporan Doktor Mohamed yang dikeluarkan pada jam 2.14 petang, sebaik sahaja pemeriksaan dibuat ke atas tubuh Saiful mengesahkan tiada sebarang kesan liwat seperti yang didakwanya.
Laporan itu jelas menyatakan:
* Tiada kesan koyak pada kulit (skin tearing, zero)
* Tiada pendarahan aktif (active bleeding, zero)
* Tiada kesan nanah (traces of pus, zero)
laporan penuh boleh dibaca menerusi Suara Keadilan edisi 141 yang akan terbit esok.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?