Dari dulu, kini dan selamanya pemikiran umno suka kepada spekulasi. Anwar belum menjadi PM sudah macam-macam andaian dibuat. Dan semuanya negatif belaka. Semasa Anwar disanjung dalam umno dulu tiada pula andaian negatif dari penyokongnya.
Jangan Menghukum Perkara Belum Terjadi
Orang berakal akan menghukum dan menilai kepada apa yang sedang berlaku, belajar apa yang telah berlaku dan ramalan terhadap perkara belum berlaku tidak boleh dijadikan fakta untuk dipegang. Siapakah orang umno yang menyangka bahawa ketua pujaan mereka Mahathir akan menentang pemimpin yang dilantiknya sendiri hari ini ? Siapa menyangka yang Mahathir mengaku Anwar tidak bersalah selepas dia yang menghukum Anwar dahulu ?
Umno dan Pemikiran Bomoh Berpisah Tiada
Siapa tok nujum umno yang pandai sangat meramal masa depan ni ? Ternyata pemikiran bomoh dan umno tidak boleh dipisahkan. Sedangkan orang Islam bukan meramal masa depan tetapi menerima pakai apa yang diberitahu tentang masa depan oleh Tuhan. Jika tuhan menyatakan sikap zalim dan menolak Islam itu akan mengundang bencana akan datang, itu bukan ramalan tetapi ketetapan Tuhan yang perlu dipegang. Jika Nabi saw kata bala itu akan datang dengan sebab 15 perkara diantaranya apabila harta Negara/rakyat telah menjadi harta mak bapak pemimpin, itu bukan ramalan, itu adalah wahyu dari Tuhan.
Mengapa Tidak Meramal Perkara Yang Mustahak ?
Jika umno terlalu pandai meramal masa depan, kenapa tidak meramal yang mereka akan tumbang di banyak negeri pada PRU12 ? Kenapa tidak meramal nasib Pulau Batu Putih yang terlepas ke tangan negara sahabat umno itu ? Kenapa tidak meramal kenaikan harga minyak dunia dan membuat persediaan awal jika itulah alasan untuk menaikkan harga minyak ? Dan cubalah meramal apa akan terjadi kepada bangsa Melayu jika umno terus memerintah ?
Lebih baik meramal apa akan jadi jika Pak Lah terus bersikap mengantuk dalam pentadbiran. Lebih baik meramal apakah kita akan diserang Mongolia jika Najib diizinkan menjadi PM nanti ? Lebih baik meramal apakah nasib orang Melayu Johor jika Singapura berjaya ‘menawan’ Iskandar Malaysia nanti. Kalau umno memang hebat meramal tentu Singapura tidak diserahkan kepada PAP yang kini sudah menjadi seperti ular lidi menjadi naga yang bersedia untuk menelan sebahagian wilayah kita diatas kebaculan umno mempertahankan Negara selama ini ?
Kenapa hendak sibuk meramal terhadap seorang pemimpin yang belum ada kuasa dalam Negara seperti DSAI itu? Kenapa Anwar diramal akan menjahanamkan Negara jika dia menjadi PM nanti dan bukan sebaliknya? Ramalan-ramalan inilah yang menjadi fitnah yang berlegar dalam pemikiran orang umno ? Pemikiran bomoh yang bersahabat dengan jin dan syaitan.
Rakyat Marah Bukan Kerana Ramalan
Jika rakyat marah kerana kenaikan harga minyak sedangkan projek mega tetap diteruskan, masalah sosial yang melanda, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang berleluasa, kehidupan semakin hari semakin tersepit bukan semakin selesa, subsidi rakyat diungkit, insentif pelabur ditabur…ini semua bukan kerana ramalan atau fitnah jahat terhadap umno tetapi adalah kenyataan yang sedang menimpa kepala rakyat yang sedang menjerit kesakitan.
Mengapa Memilih Untuk Mempercayai Tuduhan Yang Belum Terbukti ?
Apabila timbul fitnah liwat 2 ini, maka sikap meramal dan buruk sangka terus diamalkan. Diantara memilih untuk berkecuali, menyokong orang yang belum terbukti bersalah dan mengiyakan tuduhan, maka fikiran karut bomoh dan tahyul umno telah dibisikkan untuk memilih mengiyakan tuduhan liwat 2 ini. Sikap sebegini memang telah dijangkakan.
Umno Tidak Mahu Belajar Dari Pengalaman Liwat 1
Seterusnya sikap tidak pernah belajar dari pengalaman tetapi sibuk meramal masa depan menggunakan otak fitnah dan buruk sangka. umno tidak pernah belajar tentang kejatuhan Singapura kepada orang lain, begitu juga mereka tidak belajar sehingga Pualu Batu Putih pula menjadi mangsa dan Iskandar Malaysia selepas ini.
Begitu jugalah dengan isu liwat 2 ini, tidak pernah mereka belajar bagaimana bodoh dan dangkalnya konspirasi terhadap Anwar pada episode liwat 1 dahulu. Episod yang memalukan Negara dan menjadikan pemimpin bn bahan lawak dan kutukan rakyat jelata. Episod yang memberikan Mahathir seribu satu gelaran yang menghinakan. Dan kini tanpa mereka sedari episod liwat 2 akan hanya mengundang padah dan mencemar nama Pak Lah dengan lebih teruk lagi.
Martabat Musuh Anwar Umpama ‘Shit’
DSAI sebenarnya seorang yang tinggi martabatnya. Apa tidaknya, semua pemimpin umno dan penyokong mereka sangat suka berlegar-legar di sekeliling dubur beliau. Seluruh Negara dibawa untuk menyusuri lubang dubur beliau. Tidakkah mereka merasa malu ? Tidakkah mereka merasa bersalah membesar-besarkan isu ini sehingga semua orang terpaksa berfikir dan membayangkan bagaimana caranya perbuatan liwat itu.
Inikah hala tuju modal insan yang hendak dibawa oleh Pak Lah kepada rakyatnya ? Daripada kanak-kanak hingga orang tua semua dibawa untuk fokus kepada liwat ? Bila masanya pemimpin umno pernah menjuruskan pemikiran rakyat untuk maju di dunia dan mengingati mati untuk akhirat? Sebab mereka sendiri merasakan mereka tidak mati dulu kini dan selamanya ? Yang mati hanyalah akal dan hati mereka untuk menerima kebaikan. Telah benarlah tulisan Prof Shahnon Ahmad mengenai manusia-manusia keji seperti ini apabila mengarang buku ‘Shit’ dulu kerana orang yang shit sahaja yang suka dengan liwat ini.
Penyebar Tuduhan Berhutang 80 Rotan
Dan bagi mereka yang mengiyakan tuduhan liwat yang belum terbukti ini lantas menyebarkan pula kepercayaan mereka itu, maka sebenarnya kamu telah berhutang hukuman Qazaf 80 rotan dengan Allah swt. Jika masing-masing dirotan 80 kali di punggung, barulah kamu tidak boleh buang air besar selepas itu bukan seperti kenyataan bodoh Saifool yang kononnya menghadapi kesukaran untuk buang air besar kerana diliwat. Sepatutnya jika diliwat tentulah buang air besar sangat mudah dan tidak dapat dikawal lagi bukan semakin susah. Nak menipu biarlah bijak !
Parti Liwat Kebangsaan
Dan sudah sampai masanya umno dinamakan Parti Liwat Kebangsaan. Hakikatnya bukan budak lembik Saifool tu yang diliwat tetapi pemikiran dan kehidupan rakyat Malaysia telah diliwat oleh bn dan umno selama ini.
Sampai Amerika pun marah kerana malu dengan kerja bodoh yag diulang lagi oleh pemerintahan mengantuk sekarang ini. Bukan kerana Anwar agen mereka.
Wallahualam
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?