Thursday, July 17, 2008

Suara Rakyat: Anwar ada pegang rahsia kerajaan?

Rahsia peralihan kuasa itu dipegang rapat oleh Anwar. Hanya Anwar saja yang tahu siapa-siapakah diantara MP BN yang akan melompat. Dan hanya Anwar saja yang masih mempunyai begitu ramai rakan-rakan yang masih memberikan kepercayaan kepadanya dikalangan MP-MP BN itu.

Suhaimi Said: Anwar tidak perlu ditahan kerana beliau mematuhi arahan untuk melapur diri jam 2.00 petang. Semasa kenderaannya dipintas polis beliau
mempunyai masa melebihi satu jam lagi ke pukul 2.00 petang.

Kalau disorot kenyataan Anwar sendiri, beliau terpaksa memendekkan tempoh penyiasatan oleh BPR untuk melapur diri ke IPK membuktikan bahawa Anwar mematuhi arahan polis untuk hadir ke IPK jam 2.00 petang.

Saya sangat bimbang dengan penahanan Anwar ini kerana terbukti didalam episod 1998 banyak perkara yang telah dilakukan terhadap Anwar dan hanya "berpantang maut sebelum ajal" sahaja yang memanjangkan nyawa Anwar. Hidup-Mati adalah ditangan Tuhan.

Anwar pada waktu itu dipukul dengan pukulan maut, beliau tidak dibawa menemui doktor dan pegawai-pegawai atasan polis berkospirasi untuk menidakkan Anwar telah menerima pukulan maut.

Saya sangat bimbang episod yang sama boleh berulang kembali memandangkan bahawa pada kali ini Anwar membawa agenda perubahan Kerajaan dari BN ke Pakatan Rakyat.

Mungkinkah pertukaran kerajaan itu menjadi kenyataan, bukan pada 16hb September tetapi lebih awal dari itu?

Ada orang yang percaya dan ada yang tidak percaya. Namun, orang yang tidak percaya pun menaruh bimbang kemungkinan peralihan kuasa itu akan benar-benar berlaku.

Rahsia peralihan kuasa itu dipegang rapat oleh Anwar. Hanya Anwar saja yang tahu siapa-siapakah diantara MP BN yang akan melompat. Dan hanya Anwar saja yang masih mempunyai begitu ramai rakan-rakan yang masih memberikan kepercayaan kepadanya dikalangan MP-MP BN itu.

Kerajaan BN memang takut dengan peralihan kuasa ini. Banyak perkara yang akan dikorek dan ramai pemimpin mereka yang akan dibawa kepada pengadilan apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa.

Puluhan kes rasuah yang berprofil tinggi, yang kini disapu di bawah karpet, akan dinaikkan. Kes-kes jenayah berprofil tinggi yang kini tidak disiasat sepenuhnya akan menjalani penyiasatan baru.

Maka apalah sangat kes liwat yang didatangkan kepada Anwar itu kepada pemimpin-pemimpin Kerajaan. Kes melibatkan Anwar boleh diwujudkan bukti-bukti atau pemalsuan bukti-bukti. DNA boleh dipalsukan. Semua perkara boleh dipalsukan asalkan Anwar boleh didapati bersalah, dan dengan itu hilanglah satu episod peralihan kuasa.

Kehadiran Anwar tidak dapat dipisahkan dengan peralihan kuasa; dan ketiadaan Anwar juga akan membawa padah kepada peralihan kuasa sebelum 16 September.

Saya sangat bimbang jika Anwar ditahan berlanjutan. Kes yang sengaja diada-adakan terhadap Anwar akan menjadi perkara nyaa melalui pemalsuan bukti.

Secara kebetulan saya pernah membaca sebuah buku karangan W.Smith dengan tajuk: I was aIA Agent in India. Didalam buku itu telah diceritakan bahawa mereka yang menyusahkan CIA akan berhadapan dengan pelbagai kesusahan, kesemua bukti boleh diada-adakan, dan fitnah yang tertinggi ialah melibatkan orang itu dibunuh.

Anwar telah membuat lapuran polis terhadap orang nombor satu angkatan polis, beliau telah mebuat lapuran keatas orang nombor satu dari jabatan pendakwaan, Anwar telah mendedah tape Lingam dan oleh itu berhadapan dengan orang-orang yang sangat berpengaruh di Malaysia, dan Anwar mahu isytiharkan Kerajaan Baru.

Kerjabuat Anwar adalah kerjabuat besar dan tidak semudah itu Anwar akan dilepaskan oleh penguasa-penguasa tersebut.

->>>republikKATA<<<

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?