Monday, July 14, 2008

Usul Undi Tidak Percaya Ditolak.

Assalamu'alaikum...

Macam yang dah kita jangka...Usul undi tidak percaya akhirnya ditolak untuk dibahaskan di Parlimen hari ni.

Sebagai bantahan atas penolakan usul undi tidak percaya tersebut semua MP Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan Dewan Rakyat serta merta.*rujuk [ sini ]

Maka berjoget lambaklah para MP-MP UMNO/BN buat sementara waktu kerana apa yang ada pada 14 Julai ialah - MP UMNO/BN yang 100% berkepentingan dalam KERAjaan akan terus menjawat-jawatan masing-masing sehingga tarikh yang tidak kita tahu....

Teka-teki pertama apa ada pada 14 Julai sudah terjawab bagi pihak Pakatan Rakyat & penyokong-penyokongnya namun jangan kita lupa akan desas-desus yag mengatakan jika langkah undi tidak percaya ditolak di Parlimen hari ini maka Tsunami ke 2 akan berlaku sebagai langkah ke 2 menafikan KERAjaan BN yang dipimpin oleh Pak Lah.

Lebih tepat lagi kalau kita katakan penolakan Pak Lah sebagai PM akan terus berlaku selepas ini mengikut rancangan ke 2.

Apa rancangan ke 2 tu?

Mengikut maklumat yang kita semua tau...jika usul undi tidak percaya ditolak dalam Parlimen, para MP-MP BN yang tidak bersetuju dengan pimpinan Pak Lah yang lemah dan bongkak akan mengambil langkah lompat parti atau mengisytihar keluar dari BN seperti yang dipersetujui dalam rundingan bersama Pakatan Rakyat sebelum ini.

Jadi...peringatan buat KERAjaan BN & penyokong Pak Lah khasnya...joget lambak anda hanya iklan penyedap hati buat sementara.kita akan lihat macam mana langkah joget MP BN pro Pak Lah seandainya Tsunami seterusnya berlaku & apa agaknya akal KERAjaan BN Pak Lah nak buat untuk menangani krisis yang bakal berlaku selepas ini...

Buat Pakatan Rakyat...jangan berputus asa...yakin bahawa kita tidak bergantung pada 1 pintu sahaja untuk ke tempat tujuan.masih banyak jalan yang ada cuma kesabaran yang tinggi harus ditanam dalam diri.

1 comment:

  1. Satu-satunya cara untuk DSAI mencapai matlamat menjadi PM ialah dengan bersabar menunggu PRU ke-13.

    Lebihkan usaha, yakinkan rakyat bahawa PR adalah lebih baik dari BN, dan pastikan PR mendapat majoriti yang lebih dari BN di parlimen.

    Kalaupun usaha untuk membawa usul undi tak percaya kepada PM dibenarkan, adakah PR boleh menang bila undi dijalankan? Jika pun ada MP BN yang turut menyokong, dan akhirnya Pak Lah dapat dijatuhkan, penggantinya tetap juga dari kalangan BN. Jadi dimana logiknya usul itu dibawa?

    U

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?