Wakil-wakil BN terkejut dengan perubahan yang diambil oleh ketua menteri Pulau Pinang apabila mendahului sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Tindakan Lim Guan Eng itu menarik perhatian ketua pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang menganggap amalan itu "luar biasa" kerana pada sesi-sesi penggulungan kerajaan sebelumnya didahului oleh anggota-anggota exco.
"Saya minta penjelasan daripada yang amat berhormat ketua menteri dengan perubahan amalan ini kerana saya terkejut sebab biasanya sesi penggulungan akan dimulakan oleh exco manakala ketua menteri selalunya mengambil giliran terakhir," katanya ketika Lim baru memulakan ucapan penggulungan pagi tadi.
Menurut Bernama, Lim berkata perubahan itu tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri.
"Mungkin ketua pembangkang tidak biasa dengan amalan ini kerana ada negeri yang ketua menteri atau menteri besar jawab untuk semua," katanya.
Semasa penggulungan Lim itu, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) membangkitkan kenyataan yang dianggapnya negatif oleh ketua pegawai eksekutif InvestPenang, Datuk Lee Kah Choon, mengenai keadaan pelaburan di negeri itu.
Menurut wakil rakyat itu, kenyataan Lee memberi gambaran bahawa negeri itu berdepan dengan krisis pelaburan dari dalam dan luar negara.
Beliau mencadangkan, Lee memberi kenyataan positif mengenai iklim pelaburan Pulau Pinang bersesuaian dengan kedudukannya dalam InvestPenang dan tidak membangkitkan perkara negatif.
Lee, dulunya timbalan setiausaha agung Gerakan, menimbulkan kegemparan apabila menerima tawaran kerajaan negeri pimpinan DAP untuk memegang jawatan itu - beliau kemudian dipecat daripada Gerakan.
-malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?