Friday, August 01, 2008

Abdullah sahkan harga minyak akan turun

(Dikemas kini) PUTRAJAYA: Selepas lebih sebulan rakyat merasai kenaikan harga minyak - tertinggi setakat ini - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (gambar) hari ini mengesahkan harga minyak akan diturunkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun bila dan kadarnya akan diumumkan kelak masih menjadi 'misteri'.

"Kalau boleh lah ni (sekarang ini) saya nak turunkan harga minyak.

"Sabarlah nanti kerajaan akan umumkan. Kerajaan sedang meneliti beberapa perkara sebelum buat pengumuman," kata beliau dipetik Bernama.

Rancangan kerajaan hendak menurunkan harga minyak sudah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Rabu lepas dan beberapa menteri telah pun bercakap mengenai perkara itu, kata beliau Abdullah kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Ditanya mengenai formula penurunan harga minyak itu, Abdullah berkata: "Sabarlah."

Harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel meningkat RM1 kepada RM2.58 seliter berkuat kuasa 4 Jun.

Ketika itu, harga minyak mentah dunia sekitar AS$140 (RM457.80) setong tetapi kini telah turun sekitar AS$122 setong.

-mSTAR Online

1 comment:

  1. Masa nak naikkan harga minyak tak nyempat-nyempat. Bila nak turunkan kena tunggu dan sabar, nak bincang dalam kabinet. Singapura dah banyak kali turunkan harga. Rakyat dah muak dengan PM flip-flop ni.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?