IPOH: Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (gambar) mengingatkan anggota parti yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura pimpinan tertinggi parti itu berhubung isu muzakarah dengan Umno adalah melanggar disiplin parti.
Jelasnya, kepimpinan parti sedar ramai di kalangan anggota yang tidak bersetuju dengan tindakan PAS mengadakan muzakarah dengan musuh tradisi parti itu Umno, sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Menurut beliau, isu muzakarah perlu dijelaskan oleh pemimpin tertinggi parti bagi memastikan anggota memahami sepenuhnya isu ini dan tidak lagi tertanyatanya kenapa Pas mengadakan pertemuan dengan Umno.
"Peraturan kita didasari al-Quran dan as-Sunnah, jangan ada di antara kita yang kata Quran itu lain dan politik lain.
"Ahli-ahli kena bertenang dan menerima apa yang berlaku ini dengan patuh. Tidak sedarkah bahawa kita melanggar disiplin parti dengan tidak bersetuju dengan keputusan itu," katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas ke49 di Stadium Indera Mulia di sini malam ini.
Nasharuddin berkata, dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.
"Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno. Pimpinan kita mengadakan perjumpaan dengan Umno atas keputusan Syura Ulama, tak ada yang pergi ambil kesempatan untuk kembungkan poket atau runding kerusi dan jawatan.
"Kita pergi jumpa Umno untuk bagi tahu mereka syiar Islam sebenar... Islam pun ajar kita supaya berunding, dalam perangpun kalau musuh nak berunding, kita dibenar berunding," katanya.
-mSTAR Online
TP - Nasihat aku untuk rakan-rakan dalam PAS termasuk aku sendiri, mulai hari ni kalau tak puas hati...diam je...jangan berani-berani nak bersuara.sape yang berani-berani nak tegur atau nak persoal,dikira melanggar disiplin...jadi, diam je...biar je depa nak buat apa...kita bukannya tau sangat pasal syiar Islam macam depa-depa yang pergi muzakarah tu..!
ooooOOOOooo....baguih la noo..hampa dh buat salah...lepas tuh kata langgaq disiplin parti...yang hampa bincang sampai mahfuz kata jawatankuasa pas pusat taktau lgsung...hampa betoi...sebab,ketayap putuh atas kepala,cakap agama berbuih2...semua hampa betoi...
ReplyDeleteTok Guru nik aziz kata jgn,hampa dok terepa pi...bila ahli marah,hampa kata langgar keputusan parti...yang hampa laggar amanah serta mandat ahli tuh boleh...
Piiiiirrrraaahhhh!!!!
PAS sekarang dah terbahagi pada beberapa bagian...
ReplyDelete1 - Parti Islam SeMalaysia(PAS)
2 - Parti Aji Hadi(PAH)
3 - UMPAS sikit lagi jadi HAMPAS
KPD SESIAPA YG BERKENAAN..
ReplyDeleteJANGANLAH NAK TUKAR TOPIK..
U ALL NAK MUZAKARAH KE, MUQOBALAH KE, BERBALAH KE, CIUM PAKLAH KE, ATAU APA2LAH..YANG PENTING MESTI INGAT YANG KITA INI BERPARTI/ORGANISASI/PERSATUAN..MESTI ADA ETIKA & PERATURAN & PROTOKOL SERTA BIJAKSANA BUKANNYA MAIN TERJAH JE..MUJURLAH ADA TGNA BERHUJAH..KALAU TAK, TAK SELESAI MASAALAH DAN SYABAS KPD SDRA MAHFUZ KERANA MOHON MAAF SECARA TERBUKA.
Kene tukaq topik sebab hati keras nak mngaku kesalahan diri, jadi kesalahan tu dipusing balik pada penyokong2 & ahli2 yang membantah...
ReplyDeletePemimpin yang buat silap tak yah mintak maaf...
Ahli pulak kene mintak maaf...
Apa punya sengal daaa..!
LANGGAR DISIPLIN PARTI? orang pas jarang sangat yang cakap macam ni.
ReplyDeleteTu ayat UMPAS...
ReplyDeleteUMNO + PAS...dikepalai oleh yang kecewa ustaz Nash.
LANGGAR DISIPLIN PARTI? orang pas jarang sangat yang cakap macam ni.
ReplyDeletememang laa jarang.. tapi si polan bin polan tu dah dok semeja dengan umno.. kena laa ayat2 umno..
ade akai kaa nak salahkan ahli..
diri sendiri yg salah.. akai ada ka..
dia ingat mau ikut cara paklah kot..
berani mencabar rakyat.. tengok.. apa jadi.. jadi sipolan bin sipolan tu.. jgn berani nak main2 dengan ahli2..
cukup sekali kita dah terkena dulu.. sekarang mau kena lagi..?
pandai cakap ahli majlis tau.. tapi kenapa si mahfuz kena minta maaf sebab dia sendiri tak tau..? dah pandai tipu no..
setau aku... pas join pakatan rakyat 1 parti.. tapi hang pegi jumpa umno 2-3 org.. apehal.. lepas tu hang kata pulak ahli pas langgar disiplin..
hang nak bolot apa..?