Sunday, August 10, 2008

Anwar Akui Hadapi Laluan Sukar Menangi Kerusi Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM, 10 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui menghadapi laluan sukar untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini ekoran pelbagai fitnah yang timbul mengenai dirinya.

Beliau berkata pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu disebarkan pihak tertentu bagi menggagalkan usahanya memenangi kerusi berkenaan.

"Saya tak jangka ia mudah kerana banyak halangan daripada orang yang menentang kita. Saya berasa sedikit sukar kerana fitnah akan bertambah dan rasuah juga akan bertambah.

"Tapi saya yakin kerana nampak sokongan rakyat bertambah baik dan mudah-mudahan kita akan menang," katanya dalam ucapan ringkas kepada kira-kira 200 penyokongnya selepas menunaikan solat hajat di Masjid Nadhoh, di sini, Ahad.

Solat hajat itu, yang turut disertai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, diadakan pada pukul 9 pagi ini bagi mendoakan kemenangan beliau pada pilihan raya kecil itu kelak.

1 comment:

  1. Dato' Seri Anwar,
    Sesukar manapun laluan yang dihadapai, lawan tetap lawan. Jangan biarkan kebathilan menakluki Bumi Malaysia ini...

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?