Wednesday, August 20, 2008

Anwar sambut baik turun harga minyak, dakwa kerana desakan rakyat

PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan kenaikan harga minyak sebagai antara isu utama kempennya dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh sejak Sabtu lalu menyambut baik pendirian kerajaan untuk menurunkan harga minyak dalam sehari dua ini.

Anwar yang bertanding untuk mendapatkan semula kerusi Permatang Pauh berkata, langkah itu adalah ekoran desakan pihaknya bahawa harga minyak mampu diturunkan.



Bagaimanapun kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu, pihaknya mahu melihat ia dilaksanakan secara rasmi.



"Kita kena tunggu Umno punya janji, kita kena tengok dulu. Kita tak boleh pegang sehingga dia (kerajaan) tunaikan janji.



"Selama ini dia (kerajaan) kata tidak boleh, kita bagi bukti boleh. Kalau dia turunkan baik, bermakna kerana desakan rakyat," kata beliau ketika bercakap kepada pemberita selepas menemui pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Penanti di sini pagi ini.



Ketika berkempen di sini malam tadi dan kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan boleh menurunkan harga minyak dalam tempoh terdekat jika harga bahan bakar itu kekal pada AS$113 setong.



"Sehari dua ini, mungkin ada berita baik. Harga minyak boleh dikaji semula," kata Najib.



Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, tidak perlu menunggu Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bagi menurunkan harga minyak, sebaliknya kerajaan juga boleh berbuat demikian jika harga minyak kekal pada paras itu.



Dalam kempennya, Anwar berkata, pihaknya akan menurunkan harga minyak daripada RM2.70 kepada RM2 seliter jika memerintah.



Ia menjadi modal kempen beliau dalam setiap ceramah umum dan perdananya di sini.



Kata Anwar, kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) mengatakan bahawa pihaknya tidak perlu menunggu sehingga Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.



"Kalau begitu bagus... mereka memahami penderitaan dan kekecewaan yang dialami orang ramai disebabkan kenaikan harga minyak," katanya.



-mSTAR Online

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?