(Dikemas kini, pukul 2052) PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan sekumpulan Ahli Parlimen dari Sarawak dipercayai antara lain membincangkan strategi mereka menyertai Pakatan Rakyat.
mStar Online difahamkan pertemuan itu diadakan di ibu negara lewat petang semalam.
Sumber memberitahu, dalam pertemuan tersebut memfokus beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyertai Pakatan Rakyat.
"Ada sekumpulan wakil rakyat (BN) telah menemui beliau (Anwar), dalam lingkungan 10 orang... beberapa perkara dibincangkan," kata beliau hari ini.
Sumber itu tidak menolak penyertaan ahli-ahli Parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat akan berlaku dalam waktu terdekat.
Pertemuan itu diadakan beberapa jam selepas ahli-ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak mengisytiharkan taat setia mereka akan bersama BN pada sidang media bangunan Parlimen.
Semalam Anwar, bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Presiden Umno mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat selepas memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh Selasa lalu.
Saya seru kepada MP2 yang ingin melihat keadilan ditegakkan ditanahair tercinta ini, segerakan lah apa yang dirancangkan. Saya khuatir apa yang diimpikan rakyat tidak dapat dikecapi kelak. Memandangkan JUAK2 UMNO/BN kini mempergunakan Parlimen yang mulia sebagai platform mereka meminda Akta DNA. Kita rakyat dapat melihat sendiri karenah pemimpin UMNO/BN cuba meminda akta tersebut secara tergesa-gesa. Sudah dapat dijangka bahawa ini merupakan jalan terakhir mereka. Ayoh kita percepatkan proses pembentukan Kerajaaan Rakyat,Kerajaan Untuk semua lapisan masyarakat..Yang tidak menindas mana2 kaum dan yang penting menegakan KEADILAN SEJAGAT..
ReplyDelete