Monday, August 11, 2008

Bakaq@~penarik beca Mungkin Dah Lupa!

Lama jugak teman tak kemaskinikan blog teman ini.Hari ini teman nak cuba buat entri baru. Teman mencuba nih!. Harap harap , percubaan teman tak lingkup ditengah jalan!

Di kesempatan ini saja teman nak beritahu, teman jenis yang selalu ketinggalan keretapi.Selepas sehari Bakaq Haq aka Penarikbeca ditahan polis, seorang kawan telah menalipon memberitahu teman tentang penangkapan sahabat kita itu.

Terkejut juga teman mendengar khabar buruk yang menimpa si Bakaq. Kawan yang menalipon hanya memberitahu pada teman ,Bakaq ditangkap tapi bila teman tanya apa kes, dia sendiri mengaku tak tahu punca sebenarnya.

Dalam keadaan itu , tak banyak yang dapat teman lakukan . Hanya sempat teman berdoa agar Bakaq dibebaskan segera. Teman tahu walaupun bakaq bukan jenis manusia yang banyak harta tapi dia hampir mustahil merompak bank untuk belanja hidup. Dia juga bukan jenis manusia yang punya potensi untuk ditahan kerana rasuah kerana dia tak pernah pegang jawatan penting dalam syarikat korporat atau kerajaan.

Selepas beliau dibebaskan dari tahanan polis, barulah teman tahu punca beliau ditahan. Teman mengeluh dan bertanya pada diri sendiri, adakah Bakaq sudah lupa di antara makluk yang suci di dunia ini, ialah Polis, khususnya Polis Malaya.

Sebagai Pasukan Polis Malaya yang suci lagi menyucikan terutama ketuanya yang lahir dari benih Ulamak Tajwid dan Taranum, sepatutnya Bakaq jangan sentuh walaupun seinci kesucian Polis Malaya. Tanpa polis yang serba suci lagi menyucikan, rakyat Malaya akan hidup dalam ketakutan kerana para samseng dan penyamun bebas melakukan apa saja yang merasuk dalam minda mereka. Tapi lihatlah Bakaq Ooii, Malaya cukup aman. Rakyat Malaya merasa cukup selamat di waktu tidur dan jaga berkat kesucian Polis Malaya.

"Bakaq ooii , di Malaya mana ada kes rompakan, rogol, penculikan, samun menyamun ,pengedaran dadah dan yang seumpama dengannya. Semua penyamun , perogol, peliwat, dan penjahat telah lama bersara dari professi masing-masing kerana takutkan 'bala' dan 'daulat' dari makluk suci dan menyucikan. Itulah sebab, Malaya boleh berbangga kerana kadar jenayahnya adalah sifar. Masihkah Bakaq tak faham-faham lagi?".

Mungkin semasa Bakaq ditahan untuk di siasat, setiap pegawai Polis telah memberi kerjasama yang secukupnya. Teman bayangkan, pegawai polis yang suci dan menyucikan telah menempatkan Bakaq dibilik tahanan yang seumpama bilik hotel 5 bintang. Dalam imaginasi teman, Bakaq telah dilayan dengan penuh sopan oleh pegawai polis yang suci dan menyucikan.

"Maaf Bakaq, teman macam terasa hang telah mengeluarkan setempayan airmata kerana tak sanggup meninggalkan bilik tahanan yang indah serta selesa dan pegawai-pegawai Polis yang telah memberi layanan penuh sopan santun kerana sifat mereka yang suci dan menyucikan.Tapi Bakaq, nak buat macam mana, hang terpaksa keluar jugak. Ini juga merupakan bukti bahawa pegawai-pegawai polis yang suci dan menyucikan adalah begitu baik hati.Makluk-makluk suci lagi menyucikan maha mengetahui bahawa anak-anak dan isteri tercinta hang , mahukan hang pulang ke pangkuan mereka".

"Oleh itu bersujud syukurlah bakaq, kerana hang telah dikeluarkan dari tahanan selepas dua malam menginap di bilik tahanan yang selesa dan indah dan di kelilingi oleh makluk yang suci lagi menyucikan".

Sebagai penamat bicara, teman pula nak tabik pada makluk-makluk yang suci lagi mensucikan kerana mulai hari ini teman semakin seriau dengan 'karomah' pasukan mereka. Mungkin teman nak cipta wirid baru untuk amalan harian yang lebih kurang begini bunyinya: " Ya, makluk suci lagi menyucikan,mohon ampun atas segala kesilapan".

(Nota: teman teringat sebaris lagu yang teman lupa penyanyinya yang lebih kurang begini bunyinya : "ala-ala Datuk, jangan saman")

-SHEIKH TELUK INTAN DAN LAPTOPNYA

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?