WAHID Md. Dom ketika ditemui wartawan di luar Mahkamah Majistret Kajang pada 14 Julai lalu.
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don yang sepatutnya dihadapkan di mahkamah pagi ini bagi menghadapi tuduhan rasmi berhubung rasuah urusan pengeluaran visa kemasukan pekerja asing dimasukkan ke hospital kerana sakit dada.
Beliau sepatutnya hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 9 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menerima suapan.
Pegawai kanan imigresen itu merupakan antara lebih 10 orang yang telah ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pertengahan bulan lalu berhubung isu tersebut.
Mereka yang berumur antara 35 dan 64 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang.
-mSTAR Online
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?