Kita bercakap sebagai rakyat biasa dan bawahan yang tidak mampu tidor lena dan tidak kenyang perut dek kerana teori-teori kosong mereka itu yang hanya mengampu pemimpin negara sehingga tidak mengambil hirau masalah rakyat bawahan.
Dikalangan ahli akademik kangkung mereka membuat teori kosong mengampu, dikalangan pemimpin mereka terlena dan seronok diampun. Mereka dua-dua pihak ini sama sahaja. Sokong menyokong yang membawa rebah kepada rakyat jelata. PR bercakap mengenai nasib rakyat. Moto PR tidak penuh dengan teori berbunga-bunga plastik tetapi adalah menjurus terus fokus kepada 'Masalah Kehidupan Seharian Rakyat'. Kalau 'pakar-pakar' ini merasa hebat dengan teori kosong mereka, belum tentu mereka dapat menang berdebat dengan DSAI yang jauh lebih tahu teori-teori itu tetapi jiwanya sentiasa mengingati 'petani dan nelayan'.
Rakyat bercerita pasal kesempitan hidup seharian yang semakin tidak terkawal, bukan mereka nak tau indeks ekonomi. Rakyat bercerita pasal penipuan dan penyelewengan bukan mereka hendak tahu pasal teori sistem pemerintahan. Rakyat tidak berbangga dengan banyaknya koridor tetapi rakyat mahu negara ini selamat walaupun mereka tidor di koridor rumah masing-masing. Para akademik jangan banyak berkhayal dengan teori diatas kertas, pergi turun ke bawah melihat apakah teori kamu itu satu realiti rakyat atau kamu hanya banyak berkhayal seumpama penagih dadah melepas gian.
Sudah 2 bulan lepas berturut-turut, bil air rumah hamba di Selangor berjumlah RM1.00, bulan ini bil air rumah hamba RM0.00. Dalam keadaan dunia sekarang ini kita katakan bahawa tidak ada benda yang percuma, rupanya ada bagi hamba di Selangor. Apakah bil air yang sebegini hasil daripada teori ekonomi dan kertas kerja para akademik kangkung ? Tidak sama sekali. Ia adalah hasil daripada keperihatinan pemimpin yang berjiwa rakyat yang tidak perlu menulis banyak buku akademik tetapi menulis sejarah perjuangan dengan peluh, darah dan airmata. Kepada DSAI, hamba ucapkan terima kasih dan semuga Allah melindungi anda dan mereka yang berjuang untuk rakyat selama-lamanya.
Nota :Dalam banyak-banyak teori pakar akademik kangkung ini, yang best adalah hujah Dr. Sivamurugan yang menyalahkan hujan punca kekalahan umno di Permatang Pauh. Hamba sokong teori ini walaupun peratus mengundi adalah tinggi. Benarlah bahawa hujan membawa rahmat dan hujan itulah juga 'tentera' Allah sebenarnya.
Dan hujan jugalah yang bakal mengajar sesumpah-sesumpah palsu nanti. Dan hujan telah mula menunjukkan dirinya dengan turun lebat dari pagi membawa kepetang dan malam membawa kepagi sekarang ini. Dan hujan ini jugalah yang akan menghanyutkan pemimpin-pemimpin penghisap darah dan pendokong-pendokong fasik yang tidak lagi manusia jiwa mereka.
Dan hujan ini jugalah yang akan membersihkan bumi ini dari cakaran tangan-tangan jahat dan akan mengantikannya dengan satu harapan yang mana kepadaNya kita sujud dan kepadaNya kita memohon perancangan yang benar dan gemerlipan 'limpahan cahaya'.
-norbaina alias
-norbaina alias
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?