Najib yang juga Timbalan Presiden Umno berkata para pengundi di kawasan Parlimen itu wajar diberi pilihan dalam menentukan siapa yang mereka mahukan sebagai wakil mereka di Parlimen.
"Setiap kali ada pilihan raya kecil kita akan bertanding... tidak pernah BN tidak bertanding dalam pilihan raya kecil. Pengundi wajar diberi pilihan siapa yang mereka hendak sebagai wakil mereka," katanya ketika ditanya mengenai keyakinan BN untuk menawan kembali kerusi itu pada pilihan raya kecil nanti.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos ini manakala pengundian pada 26 Ogos jika terdapat pertandingan.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
Setakat ini BN belum mengumumkan nama calon yang akan bertanding menentang Anwar di kawasan berkenaan.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam mengumumkan bahawa nama calon hanya akan ditetapkan selepas perbincangan dengan Umno Bahagian Permatang Pauh.
- Hotel sekitar Permatang Pauh habis ditempah, sewa rumah naik mendadak
- Pilihan raya kecil peluang terbaik kerajaan tepis segala tuduhan - Shahrir
- Media disaran tidak keterlaluan buat laporan - Shabery
- Pakatan Rakyat sokong penuh Anwar bertanding
- Jangan termakan janji PKR untuk turun harga minyak
- Akim umum calon sehari sebelum penamaan calon
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?