KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Dua pakar perunding Jerman dibawa ke tapak kerja pembaikan jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Kepong pagi Rabu bagi menyiasat dan mengkaji kerosakannya untuk memastikan kesemua laluan dapat dibuka kepada lalu lintas dalam tempoh tiga minggu.
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I Datuk Ir Mohamad Husin berkata dua pakar perunding daripada syarikat jururunding Leonhardt, Andre & Partners tiba petang semalam dan dibawa ke tapak itu untuk mengkaji kerosakan serpihan konkrit serta serpihan Carbon Fibre Reinforced Polymer (CFRP) yang telah jatuh.
"Pasukan petugas juga bermesyuarat dan berbincang dengan perunding dan kontraktor mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh kontraktor dan perunding mengenai tugas masing-masing bagi mencapai ketetapan bagi membuka semua lorong dalam masa tiga minggu," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Pasukan petugas khas ini ditubuhkan oleh Jabatan Kerja Raya untuk menjalankan siasatan serta menyelia kerja pembaikan oleh kontraktor.
Pada Ahad lepas jejambat itu ditutup kira-kira lima jam dari pukul 10.30 pagi berikutan keretakan dikesan di jejambat MRR2, dan berikutan kejadian itu dua daripada enam lorong ditutup kepada lalu lintas.
No comments:
Post a Comment
Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.
Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?