Saturday, August 30, 2008

Entah...

Saje nak imbas balik post mortem yang setengah pihak pro KERAjaan buat lepas kekalahan UMNO/BN masa PRU-12 hari tu.

Bukan apa... ni aku tengok melalui bacaan keputusan PRK P-044.aku tak tau orang lain punya bacaan macam mana, tapi dari awal lagi aku dok main teka-teki betul atau tak post mortem yang setengah pihak buat tu.

Ada pendapat mengatakan bahawa keputusan pengundian masa PRU-12 hari tu dipengaruhi oleh undian "lepas geram" penyokong-penyokong & ahli-ahli UMNO/BN yang cenderung memangkah Pakatan Rakyat sebab tak puas hati dengan sesetengah pimpinan UMNO/BN.

Hasil post mortem tu buat bacaan sokongan pada Pakatan Rakyat 50:50 sebab kami yang bertugas tak tau adakah mereka-mereka yang tergolong dalam golongan "pengundi lepas geram"(suka UMNO/BN tapi sokong Pakatan Rakyat)akan mengulang trend yang sama dalam PRK P-044 atau tak...

Lepas PRK P-044 berlalu dengan keputusan yang amat cemerlang - majoriti Pakatan Rakyat bertambah & minoriti UMNO/BN makin berkurang aku dapat simpulkan bahawa sebenarnya post mortem yang dibuat oleh sesetengah pihak lepas PRU-12 adalah post mortem yang salah...

Bacaan sebenarnya ialah mereka yang mengundi Pakatan Rakyat ialah mereka yang mahukan perubahan & bukannya kerana undi simpati atau undi lepas geram.

Untuk yang ni aku yakin sangat-sangat.

Kenapa aku yakin? aku ada beberapa asas yang aku jadikan sandaran... siapa yang tak kenal ahli-ahli & penyokong-penyokong UMNO/BN?taksubnya pada parti memang terkenal seantero dunia hatta kalau parti depa ditegur pasti yang menegur akan dianggap sebagai penderhaka pada Tanah Melayu.

Disaat ini jugak kita sedang melihat kejatuhan UMNO/BN pada graf terendah dalam sejarah politik Malaysia.bagi aku tak mungkin ada pro UMNO/BN yang sanggup menjatuhkan parti depa sendiri pada saat ini lebih-lebih lagi bila isu "melayu" dimainkan oleh bos-bos depa sementelah pula DAP adalah kerajaan memerintah di Pulau Pinang.isu ni paling sensitif bagi UMNO/BN & tak mungkin pro UMNO/BN akan mengundi Pakatan Rakyat pada saat isu ini dimainkan oleh sivaji.

Apa yang aku nampak sekarang ialah perubahan graf pengundian ke 2-2 pihak di P-044 adalah kerana 2 faktor berikut :

1 - Pengurangan undi dipihak UMNO/BN adalah kerana pengundi yang dahulunya mengundi UMNO/BN(kerana kurang yakin pada Pakatan Rakyat ketika PRU-12)kini telah beralih arah memberi undi kepada Pakatan Rakyat kerana semakin hilang keyakinan kepada UMNO/BN yang semakin hari semakin jelas putar belitnya.

2 - Pertambahan majoriti Pakatan Rakyat adalah kerana pengundi yang dahulunya mengundi UMNO/BN(kerana kurang yakin pada Pakatan Rakyat ketika PRU-12)kini telah beralih arah memberi undi kepada Pakatan Rakyat hasil dari kecemerlangan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang dikuasai mereka seterusnya menjadi faktor yang meyakinkan pengundi untuk mengundi Pakatan Rakyat.

Aku jangkakan lepas ni, kalau ada lagi PRK dimana-mana mukabumi Malaysia, akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat kerana telah menunjukkan kecemerlangan dalam mentadbir negeri-negeri dibawah penguasaannya dengan baik walaupun diserang dari segenap arah oleh UMNO/BN.

UMNO/BN boleh terus buat post mortem kekalahan depa dalam PRK P-044 tapi aku yakin result yang depa dapat mesti tak sama dengan aku sebab aku bukan pakar... tapi kalau tak percaya, boleh cuba beranikan diri adakan 1 lagi PRK kat mana-mana & kita tengok keputusannya...

Ada berani ka?

No comments:

Post a Comment

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?