Sunday, August 10, 2008

Forum BAR COUNCIL Agenda Abdullah

Saya malas mengulas panjang kerana masih di dalam mood Festival Filem Malaysia yang baru berakhir semalam. Tetapi ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh secara ringkas,

• Pihak-pihak tertentu didalam BAR Council telah dipergunakan oleh Abdullah Ahmad Badwi untuk tujuan Politik.
• Ianya bermula selepas pilihanraya umum ke 12.
• Memahami keadaan yang meruncing di dalam isu kehakiman yang hilang kepercayaan oleh rakyat, Abdullah menerusi wakilnya telah menggunakan BAR Council.
• Adalah tidak pasti sama ada ahli-ahli BAR Council mengetahuinya atau hanya beberapa kerat di dalam jawatankuasa tertingginya sahaja yang terlibat.
• Selepas PRU12, BAR Council telah menganjurkan satu majlis makan malam dan jemputannya ialah ahli-ahli politik bekas-bekas hakim termasuk yang dipecat oleh Kerajaan sebelum ini.
• Di dalam majlis makan malam tersebut, Abdullah mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan sumbangan Ex-Gratia kepada hakim-hakim yang dipecat sewaktu krisis kehakiman lewat 80’an.
• Makan Malam anjuran BAR Council itu sebenarnya ditaja atau boleh dikatakan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
• BAR Council telah membiayakan diri mereka menjadi platform Abdullah membina semula popularitinya yang merudum.

Siapakah yang mendapat manfaat daripada Forum yang berlangung semalam (Sabtu) berhubung perlembagaan negara yang melibatkan mereka yang memuluk agama Islam?

• Abdullah Ahmad Badawi mendapagt manfaat kerana forum itu boleh menjadi platform yang menyatukan orang-orang Melayu dan Islam.
• Forum sebegitu menimbulkan kemarahan orang Melayu.
• Forum sebegitu mengakibatkan pemimpin-pemimpin di dalam UMNO yang menentang Abdullah terpaksa beralih pandangan dan bersatu bagi mempertahankan kepentingan UMNO memperjuangkan hak orang-orang Islam.
• Forum begitu menekan pemimpin-pemimpin pembangkan beragama Islam untuk turut sama dengan pemimpin UMNO supaya tidak dilihat dayus dalam hal Islam dan Melayu.
• Orang-orang Melayu bangkit dan keadaan jadi tegang lalu parti politik seperti PAS dan faction Melayu dalam PKR jadi tersepit di tengah-tengah.

Bagi mereka yang menyokong forum itu dan menentang forum itu, sila ambil kira faktor di atas.

-Kickdefella

1 comment:

  1. Mereka (AMENO)akan menggunakan apa saja demi survival politik mereka. Maka Pakatan Rakyat harus berhati-hati dengan tindak-tanduk mereka ini.

    ReplyDelete

Mintak maaf banyak-banyak geng, pihak Perisik Rakyat telah mengesan adanya cubaan menggodam laman web ini melalui ruangan komen, jadi kami terpaksa mengaktifkan "word verification" untuk keselamatan.

Mekasih Untuk Komen Korang... Korang Nak Maki Ke, Nak Puji Ke, Itu Korang Punya Pasal... Dosa, Pahala Sendiri Tanggung..! Paham..?